Tweet Toni Kroos Pada 2017 Mula Memakan Diri

Pada tahun 2017 Tony Kroos telah membuat satu Tweet yang sangat menghiburkan lagi padu berkaitan kemenangan 7-1 Jerman ke atas Brazil pasa Piala Dunia 2014.

Pada tarikh 8 Julai 2014, seluruh umat manusia di dunia pada hari itu menumpukan sepenuh perhatian kepada Separuh Akhir Piala Dunia 2014 yang menemukan dua gergasi dunia BRAZIL dan JERMAN.

Perlawanan yang berlangsung pada malam yang cerah di Estádio Mineirão, Belo Horizonte, Brazil di adili oleh Marco Rodríguez dari Mexico disaksikan oleh 58,141 penyokong kedua-dua pasukan.

Dalam tempoh 30 minit Brazil ketinggalan 5 gol berbalas kosong. Dengan gol yang selesa Jerman mengendur asakan dan Brazil terus hilang punca dan mati kutu sehingga tamat separuh masa pertama.

Jerman mendapat standing Ovation dari para penyokong setelah mendahului 7-0 dan adalah mustahil untuk Brazil membuat kebangkitan kembali.

Jerman hanya bermain untuk menamatkan baki masa perlawanan sahaja tapi dalam pada itu di minit akhir perlawanan Ozil hampir menjaringkan gol kelapan tetapi tersasar. Kemudian pada minit 90 Brazil mendapat gol saguhati hasil jaringan Oscar.

Maka berakhirlah kempen Brazil di Piala Dunia dengan kekalahan memalukan 7-1 sebagai tuan rumah. Kekalahan itu merupakan rekod baru Brazil selepas mereka tewas 6-0 kepada Uruguay pada tahun 1920.

Kekalahan itu juga menamatkan rekod 62 perlawanan tanpa kalah Brazil di tempat sendiri. Maka menangislah seluruh Brazil ketika itu dibawah suhu 22 darjah celsius dengan kelembapan 51%.

Selepas 2 tahun peristiwa memilukan itu Tony Kroos memanaskan keadaan dengan mengungkit peristiwa lama denga satu Tweet yang menganjing.

Tweet sempena tahun baru 2017 itu telah dimuat naik d3ngan menggantikan nombor 17 dengan bendera Brazil dan Jerman.

“Feliz 20????”

Selepas tersingkirnya Jerman di kaki Korea Selatan maka peminat Brazil yang berdendam selama 4 tahun membalas kembali Tweet Kroos.

Peminat Brazil menggantika 20 kepada bendera Korea Selatan dan Jerman dengan ucapan tahun baru 2018 walaupun sudah melepasi pertengahan tahun 2018.

Jerman tewas 2-0 kepada Korea Selatan dengan dua jaringan pada masa tambahan hasil jaringan Young Guong-Kim dan Son Heung-Min.

Lebih pedih gol Sin Heung-Min dijaringkan ketika Manuel Neuer nun jauh diatas kononnya mahu membantu serangan. Ingat main futsal barangkali.

“Feliz ????18”

Aksi yang memedihkan lagi memalukan Jerman ini hasir selepas kekalahan mereka kepada Korea Selatan dalam perlawanan terakhir kumpulan F.

Gol Korea Selatan hadir pada masa kecederaan melalui Kim Young-Gwon dan Son Heung-Min yang nyata mengejutkan dunia bola sepak.

Kejuruteraan Jerman yang dibangga-banggakan mengalami masalah mekanikal kronik disebabkan Kimchi dan penjaga gol yang tersangat K-Pop gayanya.

Selepas Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia ini, Die Mantshaft tidak pernah tersingkir dari Piala Dunia diperingkat kumpulan sejak 1938.

Baca Juga

Baca Juga