Twitter Meriah Selepas Manchester United Tewas Kepada Kelab Divisyen Dua Dalam Perlawanan Persahabatan

Hari Sabtu, 24 Julai 2021, sepatutnya menjadi satu hari yang diraikan oleh seluruh warga merah di Manchester. Hal ini kerana kelab tersebut telahpun secara rasminya mengumumkan kemasukan Jadon Sancho, khabar angin tentang pembelian Raphael Varane masih lagi segar, dan pengurus serta lagenda kelab, Ole Gunnar Solskjaer telahpun menandatangani kontrak baru jangka panjang bersama kelab.

Difahamkan kontrak ditawarkan adalah sehingga penghujung musim 2024, dan pengurus berbangsa Norway tersebut mengatakan dia melihat satu perubahan positif untuk United dan mereka menjadi satu pasukan yang kembali digeruni dalam Liga Perdana Inggeris.

“Semua orang tahu perasaan aku terhadap kelab ni dan aku gembira sangat dapat tandatangan kontrak baru,” ujar Solskjaer.

“Waktu ini boleh dikatakan sangat menarik buat Manchester United yang telah membina pasukan yang seimbang dengan pemain muda dan berpengalaman yang mana mereka ini laparkan kejayaan.

“Aku ada pasukan jurulatih yang fantastis di sekeliling aku dan kami semua sudah sedia untuk melangkah ke peringkat berikutnya dalam kembara kami. Manchester United mahu memenangi piala terbaik dan terbesar dan itu yang kami sedang usahakan.

“Kami dah meningkat, dalam dan luar padang, dan itu akan terus berlaku dalam musim-musim mendatang.

“Aku tazabar nak tunggu untuk masuk ke padang di depan Stadium Old Trafford yang dipenuhi penyokong dan mulakan musim ini.”

Dengan sebahagian daripada penyokong bola sepak di seluruh dunia mengejek Syaithon Merah yang kekal setia bersama Solskjaer dan tidak membawa masuk pengurus lain yang lebih berkaliber, ada juga yang memuji tindakan pengurusan kelab yang memanjangkan tempoh keberadaan pengurus ini di kelab tersebut.

Jadi, satu-satunya cara untuk menamatkan hari yang indah ini adalah dengan kemenangan selesa ke atas kelab divisyen dua, Queens Park Rangers, kan?

Tapi tu lah. Kalau dah namanya Manchester United, ia bermaksud jenaka yang lucu.

United telah membazirkan permulaan yang positif apabila tewas 2-4 kepada pasukan QPR dengan pasukan London tersebut telah menjaringkan tiga gol dalam masa tiga minit dalam separuh masa kedua.

Sebaik wisel sepak mula ditiup, Jesse Lingard bagaikan mengumumkan ketibaannya semula ke dalam pasukan ini dengan menyudahkan peluang pertama perlawanan selepas menerima bola tolakan (atas first touch yang entah apa-apa) daripada pemain muda yang mendapat perhatian ramai, Facundo Pellestri.

Seperti biasa, apabila Lingard beraksi cemerlang, para penciap di Twitter pasti akan memuji bintang ini.

Walaubagaimanapun, kegembiraan tersebut dengan cepat dipadamkan oleh Charlie Austin empat minit kemudian di mana dia berjaya menanduk bola tanpa dicabar, menewaskan penjaga gol Tom Heaton.

Keputusan 1-1 kekal sehingga ke wisel penamat separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua, Solskjaer telah melakukan pertukaran pemain, termasuk membawa masuk penjaga gol veteran Lee Grant.

Hasilnya, mereka ditibai dengan begitu pantas dalam tempoh lapan minit di mana Lyndon Dykes telah menjaringkan dua gol dan Moses Odubajo menjaringkan gol cantik menerusi satu rembatan jarak jauh sekaligus menjadikan kedudukan 4-1 berpihak kepada QPR.

Pemain pertahanan, Axel Tuanzebe dikritik hebat oleh penyokong United tetapi bukan dia sahaja yang menjadi mangsa makian. Pemain seperti Nemanja Matic, Andreas Pereira, Juan Mata dan pemain lain turut menjadi sasaran peminat dan mereka dikatakan tidak patut lagi menyarung jersi merah tersebut.

Selain para pemain, Solskjaer juga turut menjadi sasaran kemarahan peminat United di mana pengurus berhati mulia ini dimaki dan diejek sebegitu rupa.

Kesian Ole. Sob Sob Sob 🙁

Sumber berita : 90Min, 90Min

BACA:  Kerana Cinta Kepada Man United, Evra Lepas Rindu Makan Rumput Old Trafford