Menjelang perlawanan pertama kumpulan D, akaun Twitter rasmi pasukan bola sepak Turki mula melancarkan perang psikologi apabila mencuit pasukan Croatia dengan kemenangan mereka pada tahun 2008.
Sometimes; one goal means everything! #BizBittiDemedenBitmez @HNS_CFF @UEFAEURO pic.twitter.com/dhuIQQ403J
— Milli Takımlar (@MilliTakimlar) June 10, 2016
Dalam perlawanan suku akhir Euro 2008, pasukan Croatia menjaringkan gol pada minit ke 119 masa tambahan menerusi Ivan Klasnic, sebelum Semih Senturk pada minit ke 122, minit terakhir perlawanan hasil hantaran jauh dari penjaga gol, Rustu Recber, yang mencetuskan kelam kabut dalam kotak penalti Croatia.
Sewaktu penentuan sepakan penalti, Croatia hanya mampu menjaringkan satu gol dari empat sepakan, berbanding Turki yang menyempurnakan ketiga-tiga sepakan.