Type Empty Seat Di Google Map Akan Tertera Lokasi Etihad

Apabila kita menaip “empty seat” di pautan Google maps ia akan terus menuju ke Stadium Etihad. Hal ini kurang disenangi oleh penyokong pasukan Manchester City.

Pasukan kendalian Pep Guardiola itu adalah salah satu pasukan yang terbaik dalam bola sepak Inggeris. Mereka adalah Juara Liga Perdana dan City juga adalah pasukan yang memenangi treble domestik musim lalu.

Tetapi satu hal yang pasti, walau mempunyai pengurus pasukan yang hebat serta barisan pemain berkelas dunia, Etihad tetap juga kosong bila ada perlawanan berlangsung.

Rata-rata peminat City terganggu dengan perkara itu, tetapi nampaknya carian “empty seat” yang menjadi populer dengan tiba-tiba itu turut menghiburkan mereka buat masa ini.

Masalah stadium kosong dengan kurangnya kehadiran penonton ke stadium turut pernah diluahkan oleh pengurus pasukan mereka, Pep Guardiola.

Ketika kemenangan 4-0 City menewaskan Fulham dalam perlawanan Piala FA awal musim lalu. Guardiola telah menyuarakan ketidak senangan beliau melihat bilangan penonton yang sedikit. Pep juga menggesa para penyokong agar hadirkan diri ke Stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan.

“Hari ini tidak penuh, saya tidak tahu mengapa,”

Kata pengurus City itu kepada BBC Sport.

“Ia adalah peluang untuk kembali ke Wembley selama tiga tahun berturut-turut.

“Saya berharap lebih ramai peminat boleh hadir dan memberi sokongan kepada pasukan.

“Saya berharap mereka dapat memberi sokongan yang lebih kepada kami, agar pemain terus bersemangat untuk memberi aksi yang lebih baik.”

Tahniah diucapkan kepada penyokong City yang sanggup mengembara sehingga ke Santiago Bernabeu dan memberi sokongan kepada pasukan, sehingga mereka berjaya menjinakkan Real Madrid dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

The Citizens berjaya menewaskan Real Madrid 2-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara minggu lalu.

Guardiola menggunakan persediaan taktikal yang menarik untuk perlawanan itu, beliau meletakkan pemain tunggak seperti Sergio Aguero dan Raheem Sterling di bangku simpanan.

“Apa yang penting ialah cara kami bermain,”

Katanya kepada The Independent.

“Kami cuba untuk memenangi perlawanan itu,dan kami berjaya melakukannya di gelanggang mereka,tetapi ini baru perlawanan pertama,jika sesebuah pasukan itu boleh menghadapi perlawanan kedua nanti, maka mereka akan layak ke peringkat seterusnya,kami mampu menjaringkan dua gol ditempat lawan jadi tidak mustahil kami boleh lakukan dihalaman sendiri nanti.”

Beliau juga mengatakan bahawa pendekatan agresif yang Madrid lakukan sebenarnya memberi ruang kepada Gabriel Jesus untuk menyerang dari bahagian sayap.

“Saya banyak menonton perlawanan Real Madrid dan cara mereka bertahan sangat berbeza.”

Kata pengurus berusia 49 tahun itu.

“Kami bermain tanpa menggunakan penyerang yang betul kerana memikirkan cara mereka bertahan. Mereka sangat agresif dan corak bertahan mereka sangat berbeza,kerana itulah saya meletakkan Aguero dan Sterling dibangku simpanan.”

Guardiola sangat berharap agar penyokong City turun ke stadium memberi semangat kepada pasukan. Mana mungkin pemain ke-12 untuk pasukan City tidak hadir untuk menonton perlawanan.

BACA:  Pep Pilih 'Jadual Sibuk' Berbanding Tersingkir Dari Piala FA Seperti Liverpool