Tyson Fury Sahut Cabaran Francis Ngannou

Tyson Fury mencabar Francis Ngannou untuk bertarung dalam pertarungan silang (Tinju + UFC) selepas kedua-dua mereka dilihat saling mempromosikan pertarungan itu di media sosial.

WBC Heavyweight Champion, Tyson Fury baru-baru ini adalah menyebut yang Raja Heavyweight UFC, Francis Ngannou sebagai calon lawan beliau selepas ini.

Hal ini kerana Francis Ngannou pernah mendedahkan hasratnya untuk mencuba bertarung dalam dunia sukan tinju, dan seandainya hal itu berlaku, Fury sangat berminat untuk menjadi lawannya.

Ketika mendengar yang Francis Ngannou berminat untuk bertarung dengannya, Fury kini tampil bersetuju dengan cadangan tersebut.

Beliau bahkan turut memuat naik gambaran poster perlawanan antara kedua-dua mereka di media sosial dan meminta pandangan dari pengikutnya tentang cadangan pertembungan antara mereka.

“Siapa mahu lihat saya bertarung dengan ‘si buas’ ini, peraturan tinju, glove UFC? @DanaWhite @Francis_Ngannou.”

Tulis Tyson Fury di laman media sosial miliknya.

Ngannou kemudiannya membalas semula kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa:

“Bagaimana dengan peraturan MMA dengan gloves tinju? Saya boleh lakukan hal itu untuk kamu.”

Fury kemudiannya membalas semula dengan menyatakan:

“Kamu mahu datang ke dunia saya, memanggil saya dan Deontay Wilder untuk bertarung dalam perlawanan tinju.”

“Apa yang boleh saya jamin adalah kami akan knocked out dan juga akan dibayar duit yang tertinggi! Jadi fikir-fikirkanlah.”

Ngannou kemudiannya menyimpulkan bahawa:

“Selepas saya selesaikan urusan saya pada 22 Jan nanti, saya akan bertarung dengan kamu tidak kira peraturan apa yang mahu kamu tetapkan. Dalam gelanggang, octagon, atau pondok telefon.”

Ngannou selepas ini dijadualkan akan mempertaruhkan kejuaraan beliau untuk bertarung dengan Ciryl Gane pada 22 Januari nanti di acara UFC 270.

Selepas tamat perlawanan tersebut, sepertinya masa depan beliau masih belum boleh dipastikan.

Satu hal yang pasti, beliau mahu merasa beraksi dalam gelanggang tinju sebelum secara rasminya bersara dari sukan tempor ini.

“Ia selalu menjadi cita-cita saya.”

Jelas Ngannou kepada TMZ awal minggu lalu.

“Ini merupakan satu hal yang saya tak pernah alihkan pandangan saya dari terlibat dengannya. Ia akan berlaku, tidak kira apa cara sekalipun.”

“Bahkan jika UFC dan saya sudah menamatkan sesuatu rundingan, tinju perlu ada dalam perjanjian tersebut kerana saya tak nampak diri sendiri akan bersara tanpa sempat rasa bertinju.”

Ketika ini juga, Fury dan Oleksandr Usyk sedang selesa mendahului dunia sukan tinju kategori heavyweight.

Fury berjaya mempertahankan kejuaraan WBC beliau dengan menewaskan Wilder dalam trilogy pertembungan antara mereka pada tahun lalu.

Sementara Usyk pula berjaya memenangi gelaran WBA, IBF dan WBO selepas menewaskan Anthony Joshua.

Walau bagaimanapun, dari kesemua empat gergasi sukan tinju, Ngannou hanya berminat untuk bertarung dengan dua orang sahaja dari mereka.

Beliau lebih memilih untuk bertarung dengan Fury dan Wilder berbanding Joshua dan Usyk.

“Tyson Fury dan Deontay Wilder.”

Jelas Ngannou.

“Saya sangat teringin menguji diri saya sendiri ke tahap itu.”

“Ia bukan sukan yang sama, tambahan pula saya seorang Juara, saya mendominasi division ini.”

“Pada akhirnya, ia hanyalah tentang latihan tangan, latihan menumbuk, melepaskan penumbuk yang padu dan tepat dan saya sangat yakin jika saya lepaskan penumbuk saya, ia sungguh menakjubkan, saya boleh pastikan mereka menderita.”

Pertembungan antara Tyson Fury dan Francis Ngannou sepertinya memang akan berlaku pada tahun ini dan tidak keterlaluan untuk menganggap bahawa ia merupakan pertarungan yang diidamkan oleh ramai pihak.

Fight of the century, ia sudah tentu akan menjadi perlawanan yang epik dan sudah tentu peminat sukan MMA di seluruh dunia akan sangat tertarik untuk menonton perlawanan ini.

Sumber: talkSPORT

BACA:  [UFC] Justin Bieber Cabar Tom Cruise Bertarung Dalam Gelanggang MMA