Kejohanan bola sepak teragung di Asia, Piala Asia 2019 telah membuka tirai dengan perlawanan pertama membabitkan tuan rumah, Emeriyah Arab bBersatu 1, Bahrain 1 yang juga merupakan Perlawanan pembukaan kumpulan A.
Emiyah terlebih dahulu menguji penjaga gol Baharain Sayed Subbar pada minit ke-6 melalui percubaan dari luar kotak penalti melalui penyerang sisi kiri Ismail Al Hammadi tetapi berjaya ditepis keluar.
4 minit kemudian Emeriyah sekali lagi membuat percubaan melalui penyerang prolifik mereka Ali Ahmed Mabkhaout tetapi tersasar. 5 minit kemudian dia melakukan percubaan dari luar kotak penalti tetapi juga tersasar.
Pada minit ke-23, Mabkhaout melakukan percubaan tersasar ke-3 peribadi. 3 minit berselang tiba giliran penyerang Mohamed Al Rohaimi melakukan percuabaan tersasar.
2 pemain tengah Emiriyah Khamis Esmaeel dan Amer Abdulrahman dilayangkan kad kuning pada minit ke-35.Dan Emiriyah terus membuat 2 percubaan lagi sebelum tamat separuh masa pertama.
Seminit bersambung di separuh masa kedua, Bahrain berjaya membuat percubaan pertama melalui pemain sayap kiri Sayed Dhiya Saeed dan 2 minit selepas itu sekali lagi melalui pemain sayap kanan Ali Jaafar Madan.
Bahrain terus mengancam kubu pertahanan Emiriyah melalui 2 percubaan lagi dalam tempoh seminit melalui Ali Jaafar dan Al Rohaimi tetapi kedua-duanya diselamatkan oleh Eisa.
Emiriyah melakukan pertukaran berganda pada minit ke-54 dengan memasukan Saif Rashid dan Mohammed Abdulrahman mengantikan 2 pemain tengah menyerang.
Hasilnya Emiriyah berjaya menhasilkan 4 percubaan selepas itu, 3 darinya tersasar dan 1 ditampan.
Namum Bahrain bangkit dengan 5 percubaan dalam tempoh 6 minit. Dan percubaan ke-6 dari Rohaimi melalui kaki kanan di tengah kotak penalti akhirnya berhasil pada minit ke-78.
10 minit kemudian Emeriyah dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan kanan Bahrain Mohamed Marhoon. Marhoon masuk menggantikan Ali Juma seminit sebelum itu.
Pemain gantian Emiyah Ahmed Kahlil Al Junaibi berjaya menjaringkan gol penyamaan yang juga gol ke-47 dalam kemunculan yang ke-100 bersama skuad negaranya.
Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan dan menyaksikan hanya 2 negara tuan rumah yang mampu mengutip mata penuh dalam perlawanan pembukaan sejak 1984.