Ucapan Lampard Yang Sungguh Sendu Sebagai Penghormatan Kepada Terry

Jodoh John Terry bersama Chelsea sudah diduga tidak berpanjangan dan pengumuman telah dibuat pada isnin lalu mengesahkan bahawa ini musim terakhir Terry bersama Chelsea selepas 22 tahun bersama.

Ekoran keputusan ini Terry, 36 tahun telah membuat satu perutusan yang sungguh menyentuh hati, paru-paru, jantung, buah pinggang dan semua organ peminat Chelsea.

“Tiada perkataan yang boleh menggambarkan betapa sayang, cinta dan berahi aku kepada kelab dan penyokong Chelsea yang hebat ini” Kata Terry.

“Tiada secantik bahasamu, ku gubah lalu menjadi lagu” menyanyi pulak Terry ni.

Mungkin terkesan dengan kata-kata Terry, Frank Lampard juga telah mengutuskan ucapan yang penuh sendu dihatiku rindu dijiwaku di laman instagramnya.

Korang baca la sendiri.

John Terry Lelaki Teragung

Lelaki terakhir yang masih teguh berdiri di zaman kehebatan Chelsea fc. Satu penghormatan dapat beraksi bersama pemain terhebat dalam sejarah Liga Perdana. Tidak keterlaluan, aku meletakkan Terry sebaris dengan pertahanan hebat dalam bola sepak yang wujud dari mana-mana zaman.

Terry mengepalai kelab samada di dalam dan di luar padang saat beliau membuat debut bersama kelab. Beliau menetapkan standard untuk semua, sentiasa menuntut kecemerlangan semasa latihan, berjuang untuk sebuah kemenangan atau menghargai serta menghormati dengan penuh rasa bertuah kerana dapat beraksi bersama kelab yang begitu hebat.

Terry merupakan seorang lagenda bukan sahaja kerana bakatnya tetapi sentiasa mendambakan yang terbaik dari dirinya dan individu yang berada disekelilingnya. Atas sebab inilah Terry telah menjadi seoarang ketua pasukan yang paling berjaya dalam sejarah kelab.

Di luar padang Terry merupakan kawan yang hebat bukan sahaja kepada aku tetapi ramai lagi di kelab dan di luar sana terutamanya Wayne Bridge. Tidak terkira banyaknya aku melihat Terry membantu orang di luar padang, perkara yang jarang dilihat. Perkara seperti inilah menjadikan beliau seorang lelaki yang hebat.

@johnterry.26 kau berhak merasai sanjungan dan penghormatan yang kau bakal kecapi untuk minggu mendatang dan aku harapa kau akan dapat apa yang selayaknya menjadi milik kau dan menjulang dua trofi agung di hujung musim (sekadar memanjangkan karangan ?).

Terry! Terry! Engkaulah raja hatiku.
Bila ku berduka engkau hiburkan selalu.
Terry! Terry! Engkaulah raja hatiku.

Apapun kau lakukan selepas ini, aku tahu semua orang akan menghormati keputusan kau (kecuali Wayne Bridge) dan aku tahu Chelsea akan senantiasa menjadi kelab kau. Penghormatan yang abadi ????#jt #captain #leader #legend

Cinta lelaki teragung
Membuat diriku berbahagia
Engkaulah kekasih di dunia
Dan di syurga

Sumber Asal Ucapan Lampard

Baca Juga

Baca Juga