Ucapan Penaik Semangat dan Bulu Roma Aidil Zafuan Sebelum Perlawanan

Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah mengeluarkan satu video pendek yang memaparkan ketua pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak melontarkan kata-kata ucapan yang menaikkan semangat perjuangan sebelum perlawanan menentang Tajikistan, Thailand dan Indonesia.

Kata-kata Aidil Zafuan Abd Radzak yang menaikkan bulu roma mereka mendengar nyata memberi semangat kepada rakan pasukan yang lain apabila mencatatkan kemenangan dalam ketiga-tiga perlawnan tersebut.

Malaysia vs Tajikistan

“Guys, aku remind sekali lagi ya, sesebuah team yang kuat bergantung apabila kita berkerjasama, kita work together.”

“So, malam ni aku nak tengok tu ada dalam team kita. Okay, tak kira mana team kuat sekalipun.”

“Kalau kita ada benda tu, kita boleh menang.”

“Okay guys. 1, 2, 3 MALAYSIA!!!”

Malaysia vs Thailand

“Okay guys, semua dah tahu kerja masing-masing, Thailand hari ni eh.”

“Macam aku cakap tadi, apa aku kisah dengan Thailand, yang penting team kita sendiri.”

“Kalau kita bersatu hati dengan siapa pun kita akan menang malam ni guys.”

“Help each other, tolong antara satu sama lain, malam ni malam kita guys.

“Come on guys!!! 1, 2, 3 MALAYSIA!!!”

Penamatnya kemenangan penuh bergaya dengan aksi kebangkitan selepas ketinggalan dengan aksi adiwira Brendan Gan.

Malaysia vs Indonesia

“Okay guys, come on guys, okay guys come on.”

“Kita dah buat kerja yang baik dengan Thailand, so malam ni jangan ambil mudah.

“Walau apa terjadi sekalipun malam ini kita kena menang.”

“Don’t put pressure, relax, semangat kekeluargaan kita mesti ada malam ini.”

“Come on. . . Insya-Allah kita akan menang malam ni guys.”

“1, 2, 3!!! MALAYSIA!!!”

Kesudahannya Malaysia menang 2-0 ke atas Indonesia dengan dua gol tanpa balas yang menyebabkan penyokong mereka tidak berpuas hati hingga kini. Safawi Padu.

Malaysia nyata cemerlang dalam kempen kelayakan kali ini dan telah mencatatkan kesemua kemenangan dalam perlawanan di minggu antarabangsa sekaligus terus menghidupkan peluang dalam saingan kumpulan G.

Tiada apa yang lebih manis apabila berjaya menjinakkan Thailand dan menang 2 kali berturut-turut ke atas Indonesia.

Baca Juga

Baca Juga