Ucapan Penuh Inspirasi Pogba Cetus Kebangkitan Perancis Ketika Menentang Argentina

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba memainkan peranan penting buat Perancis dengan memberikan ucapan motivasi kepada rakan-rakannya sebelum mereka turun menentang Argentina dalam pusingan 16 pasukan terakhir di Piala Dunia 2018.

Bekas pemain Juventus itu menaikkan semangat pemain-pemain Perancis sebelum perlawanan bermula dengan berkata beliau mahu melihat ‘pahlawan’ di atas padang.

Selain dabbing, Pogba juga pakar dalam memberi motivasi. Sering melawat sekolah rendah untuk memberikan ceramah motivasi sebelum menghadapi UPSR

Perancis menamatkan kempen Piala Dunia 2018 dengan penuh gemilang apabila menjulang trofi Piala Dunia buat kali ke-2 selepas menewaskan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir.

Umum sedia maklum mengenai kualiti yang dimiliki Pogba di atas padang tetapi bukan itu sahaja yang menjadikan beliau pemain yang hebat. Selain skill teknikal yang tinggi, Pogba juga mempunyai kemampuan menaikkan motivasi rakannya yang lain dengan kepetahan beliau berkata-kata, persis Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

Antara detik yang paling diingati adalah ketika Pogba memberikan ucapan dalam bilik persalinan sebelum mereka turun menentang Argentina yang diketuai oleh pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali, Lionel Messi.

“Aku mahu melihat pahlawan di atas padang.” Ujar Pogba dalam satu dokumentari yang disiarkan stesen televisyen Perancis, TF1.

Jika bukan kerana kata-kata Pogba, tentu Messi yang menang Piala Dunia

“Aku tak mahu pulang ke rumah lagi. Kita akan menamatkan perlawanan ini dengan perasaan gembira ! Aku mahu berparti malam ni ! Aku mahu bermain bermati-matian dengan kalian semua! Aku mahu lihat lelaki sejati, pahlawan, dan askar.”

“Hari ni kita bunuh mereka [merujuk kepada Argentina]. Messi ada ke, Messi xde ke, tu aku tak kisah. Kita datang ke sini untuk memenangi that f***ing Piala Dunia !”

Bagaikan Spartan yang dirasuk, Pogba bersama rakannya yang lain bangkit dari ketinggalan 2-1 pada satu ketika untuk mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Argentina, lantas menghantar Messi terus ke lapangan terbang Moscow.

Bagi perlawanan suku akhir menentang Uruguay, Pogba sekali lagi melakukan perkara yang sama bagi menaikkan semangat pasukan Perancis.

“That’s it, tiada lagi jalan pulang. Kita akan terus mara ! Kita akan terus mara ke perlawanan akhir ! Jumpa anda semua 15 Julai ini – semua sekali !”

“Hari ini Blaise Matuidi tidak bersama kita dan hanya berada di bangku simpanan [penggantungan]. Matuidi kecewa dan meluat ! Semangat beliau untuk bermain lebih dari mana-mana pemain yang berada di atas padang ! Matuidi bosan !”

Setujukah anda sekiranya Pogba dilantik menjadi kapten Manchester United musim hadapan ?

“Hari ini kita berjuang untuk individu seperti Matuidi ! Beliau tidak akan bersama kita di atas padang tetapi kita tidak akan rasa kehilangan beliau. Semua pemain harus mempamerkan permainan terbaik mereka hari ini !”

Walaupun sering dikritik ketika menyarung jersi Manchester United, Pogba dianggap sebagai salah seorang calon untuk menjadi kapten Manchester United musim depan berikutan persaraan Michael Carrick.

Tetapi mahukah Jose Mourinho berbuat demikian ? Sama-sama kita saksikan musim hadapan.

BACA:  Lagenda Kelab Percaya Martial Mampu Membawa Manchester United Menjadi Pasukan Tak Terkalahkan