UCL 2022/23: Tanpa Haaland, Manchester City Tak Mampu Menang Lawan Copenhagen

Selepas membelasah Copenhagen tanpa belas minggu lalu, Pep Guardiola merasakan bahawa inilah peluang untuk dia merehatkan Haaland yang baru sahaja menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Namun ternyata keputusan itu membawa padah. Ini apabila Manchester City gagal menang ke atas kelab dari Denmark itu.

Guardiola merehatkan Haaland kerana selepas ini mereka akan berdepan dengan pasukan di pertengahan carta liga iaitu Liverpool.

Dalam aksi ini, Manchester City turut dikurangkan kepada sepuluh pemain dalam separuh masa pertama selepas Sergio Gomez dilayangkan kad merah.

Aksi ini turut diwarnai dengan keputusan kontroversi pengadil dan VAR.

Tiada seorang pun daripada Riyad Mahrez atau Julian Alvarez mampu melakukan perkara yang lebih signifikan di hadapan gol.

Mereka benar benar merindui sentuhan Haaland yang tajam dan memukau.

Mungkin hanya Jack Grealish yang layak mendapat pujian dari segi sumbangannya di zon serangan.

Erling Haaland duduk di bangku simpanan menyaksikan kdrama Crash Landing On You di telefon pintarnya, dan hanya mampu melihat kesengsaraan pasukannya di atas padang.

Pemain pertahanan Switzerland yang serba boleh, Manuel Akanji memainkan peranan penting ketika City mengekalkan rekod clean sheet walaupun tuan rumah mempunyai kelebihan seorang pemain.

Pengadil dan VAR menjadi perhatian. Di mana pengadil membatalkan gol Rodri kerana Mahrez menampan bola dengan tangannya dalam proses binaan gol itu. Mahrez menyatakan bahawa dia tidak sengaja tertampan bola itu dengan tangan dan dia tidak dapat mengawalnya.

Rodri yang sudah meraikan gol itu dengan gembira sekali terkejut dengan keputusan pengadil.

Ilkay Gundogan dan Rodri kedua-duanya membantah keputusan tersebut kepada pegawai keempat. Guardiola kelihatan terkejut.

FC Copenhagen turut kecewa 14 minit kemudian, apabila Man City dihadiahkan sepakan penalti.

Tandukan Manuel Akanji menerpa tangan Nicolai Boilesen. City yang menganggap mereka mangsa ketidakdilan VAR akhirnya mendapat kelebihan kerana sistem itu.

Malangnya Riyad Mahrez gagal menyempurnakan penaltinya. Dan bola diselamatkan oleh penjaga gol Copenhagen yang membaca tepat penalti pemain Algeria tersebut.

Sergio Gomez dibuang padang kerana tactical foul ke atas Hakon Hardaldsson, dengan menarik pemain itu.

Manchester City akhirnya akur dan hanya mampu membawa pulang 1 mata dari Denmark.

Manchester City masih di landasan terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya. Man City masih kekal sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai UCL musim ini dengan kekuatan pasukan yang mereka ada.

Susunan pemain:

FC Copenhagen (5-4-1): Grabara 7; Jelert 6.5, Lund 7, Khocholava 7 (Diks 79), Boilesen 6.5, Kristiansen 7.5; Haraldsson 7 (Johannesson 59, 6), Stamenic 6 (Mukairu 90), Lerager 6, Daramy 7; Kelas 6.5

Subs tidak digunakan: Johnsson, Ryan, Sorensen, Ankersen, Clem, Bardghji

Pengurus: Jacob Neestrup 6

Manchester City (4-2-3-1): Ederson 6.5; Cancelo 7, Akanji 7, Laporte 7 (Ake 88), Gomez 4; Rodri 7, Gundogan 5; Mahrez 4.5 (Dias 32, 6.5), De Bruyne 5 (Silva 77), Grealish 7 (Foden 77); Alvarez 5

Subs tidak digunakan: Ortega, Carson, Haaland, Palmer, Lewis, Wilson-Esbrand

Pengurus: Pep Guardiola 6

Pengadil: Artur Dias (POR) 4

Att: 35,447

BACA:  Syarikat Judi Penaja Rasmi Manchester City Ini Disyaki Syarikat Hantu