UCL Semi Final 2020/21: Real Madrid 1-1 Chelsea

Kejohanan paling agung di Eropah. Champions League kembali bersambung di peringkat separuh akhir dan perlawanan pertama di mainkan adalah pertembungan antara Real Madrid menentang Chelsea.

Di peringkat suku akhir Champions League, Real Madrid berjaya menumbangkan penyandang juara yang lemah dan lembik, Liverpool dan bertemu Chelsea di peringkat separuh akhir.

Chelsea mara ke separuh akhir buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun dan buat kali kelapan, lebih banyak berbandng mana-mana pasukan Premier League selepas menewaskan FC Porto.

Thomas Tuchel terus cemerlang mengemudi Chelsea dalam perlawanan ini dengan persembahan cemerlang dan menjadi pasukan yang lebih menyerlah berbanding penyandang juara La Liga.

Agak malang buat Chelsea yang gagal mengambil kesempatan untuk membawa bekalan yang lebih selesa untuk perlawanan separuh akhir kedua.

Pada awal permainan Chelsea lebih dominan dan hampir sahaja berada dihadapan namun Timo Werner meneruskan rutin beliau sebagai penyerang yang melepaskan peluang besar.

Dengan jarak hanya enam ela untuk menewaskan Thibaut Courtois dengan pelbagai sudut kosong yang boleh dijadikan pilihan, Timo Werner tenang tenang mencuba terus kepada Courtois.

Timo Werner ni penyerang ke pertahanan?

Namun kesilapan awal Timo Werner itu segera ditebus Cristian Pulisic pada minit ke-14 dengan satu gerakan solo yang tenang berserta satu penyudah yang bijak.

Lambungan Antonio Ruediger tepat menemui Pulisic yang berjaya lolos dan memaksa Courtois keluar untuk menerpa namun digelecek Pulisic.

Mudah untuk Pulisic menjaringkan gol yang sudah ditinggalkan Courtois untuk menjadi rakyat Amerika Syarikat pertama menjaringkan gol di separuh akhir Champions League.

Karim Benzema menyamakan kedudukan 15 minit kemudian juga melalui satu goi yang sangat menarik, libasan padu depan muka.

Bermula dari sepakan penjuru dengan 5 kali hantaran dilakukan bola tiba kepada Benzema yang mengawal cantik bola dengan kepala sebelum melibas di depan muka Mendy.

Separuh masa kedua menyaksikan Real Madrid bermain dengan lebih baik dengan tenang menyerap asakan Chelsea namun melakukan serangan balas yang sangat berbisa.

Chelsea juga semakin baik namun gagal untuk menambah jaringan. N’Golo Kante yang mempunyai empat jantung terus cemerlang dalam perlawanan besar.

Tiada jaringan tambahan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat perlawanan dan berakhir dengan keputusan 1-1.

Chelsea membawa bekalan gol tempat lawan untuk perlawanan kedua di Stamford Bridge.

Real Madrid: Courtois; Militao, Varane, Nacho; Carvajal, Modric, Casemiro, Kroos, Marcelo; Benzema, Vinicius Junior

Subs: Lunin, Altube, Asensio, Odriozola, Isco, Diaz, Rodrygo, Arribas, Blanco, Gutierrez

Chelsea:Mendy; Christensen, Silva, Rüdiger; Azpilicueta, Kanté, Jorginho, Chilwell; Pulisic, Werner, Mount

Subs: Kepa, Caballero, Alonso, Abraham, Zouma, Giroud, Hudson-Odio, Ziyech, Gilmour, James, Havertz, Emerson

Referee: D Makkelie (Ned)

Baca Juga

Baca Juga