UEFA Champions League 2020/21: Chelsea 0- 0 Sevilla

Chelsea yang dibarisi ramai muka baru masih malu-malu di perlawanan pertama kempen Champions League mereka apabila bertemu juara Europa League musim lalu Sevilla.

Dengan pembelian pemain besar-besaran yang bernilai £250 juta Chelsea gagal menjaringkan sebarang gol buat kali kedua dalam 8 perlawanan mereka musim ini.

Namun apa yang positif, Chelsea berjaya menamatkan perlawanan tanpa bolos yang menyaksikan benteng pertahanan mempamerkan peningkatan.

Timo Werner yang telah menjaringkan 7 gol dan 2 assist dalam 11 perlawanan di Champions League sebelum ini gagal memberi aksi tebaik sekaligus tidak memberi sebarang impak.

Penajga gol Chelsea, Edouard Mendy yang kembali daripada kecederaan telah melakukan satu aksi menyelamatkan yang begitu cemerlang menafikan tandukan Nemanja Gudelj.

Chelsea berada dalam kumpulan E bersama Sevilla, Rennes dan FC Krasnodar, pasukan bimbingan Frank Lampard tidak berdepan laluan sukar untuk mara.

Diatas kertas secara kasarnya hanya Sevilla sahaja dilihat mampu mencabar Chelsea.

Rennes dan FC krasnador juga mencatatkan keputusan seri dengan terikat 1-1.

Chelsea: Mendy, James, Thiago Silva, Zouma, Chilwell, Jorginho, Kante, Pulisic, Havertz, Mount, Werner.

Subs: Arrizabalaga, Rudiger, Christensen, Abraham, Caballero, Tomori, Kovacic, Giroud, Hudson-Odoi, Ziyech, Azpilicueta, Emerson Palmieri.

Sevilla: Bounou, Jesus Navas, Sergi Gomez, Diego Carlos, Acuna, Rakitic, Fernando, Gudelj, Suso, de Jong, Ocampos.

Subs: Vaclik, Rekik, Jordan, Munir, Rodriguez, En-Nesyri, Escudero, Torres, Vazquez, Carlos Fernandez.

BACA:  Chelsea Berdepan Kemungkinan Bankrap dan Dilelong Gara-Gara Abramovich Terlalu Memilih Pembeli