UEFA Champions League 2020/21: PSG 1-2 Manchester United

Kejohanan agung di Eropah, UEFA Champions League bagi musim 2020/21 telah membuka tirai dengan dua perlawanan berlangsung lebih awal yang menemukan Zenit St. Petersburg vs Club Brugge dan Dynamo Kyiv vs Juventus.

Perlawanan tumpuan pada hari pertama Champions League ini sudah pasti pertemuan Manchester United yang kembali ke pentas tertinggi Eropah bertemu naib juara musim lalu Paris Saint-Germain.

Manchester United berada dalam kumpulan H yang dianggap kumpulan maut bersama PSG, RB Leipzig dan kelab dari Turki, Istanbul Basaksehir.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer bertandang ke Stadium Parc des Princes tanpa pemain pertahanan termahal dunia, Harry Maguire dan Bruno Fernandes dilantik sebagai ketua pasukan.

Paris Saint-Germain bukan lawan mudah dan sangat liar dan liat namun kecekapan David De Gea menafikan beberapa percubaan awal PSG dan United berjersi Kuda Belang bukanlah pasukan yang tidak berkaki.

Anthony Martial telah dijatuhkan oleh Abdou Diallo dengan sentuhan dari belakang di dalam kotak dan pengadil tidak teragak-agak untuk menghadiahkan Manchester United sepakan penalti.

Bruno Fernandes tampil mengambil sepakan namun sepakan ke arah kanan gawang mudah ditepis oleh Keylor Navas yang nyata lebih bersedia.

Malangnya sepakan semula diberikan kepada Manchester United selepas pengadil membuat rujukan kepada Video Assistan Referee(VAR) yang membuatkan pemain PSG panas hati.

Kevlor Navas telah didapati melakukan kesalahan apabila tidak berada digarisan gol sebelum sepakan dilepaskan.

Sepakan kali kedua dari Bruno Fernandes membuahkan hasil dengan arah sepakan yang sama dengan sepakan leret yang lemah. Manchester United 1=0 Paris Saint-Germain.

Pada penghujung babak pertama percubaan cantik lagi mengelirukan Bruno Fernandes berjaya di tepis oleh Keylor Navas dan sepakan penjuru diberikan.

Susulan daripada sepakan penjuru itu tandukan Scott McTominay hampir saja membuahkan hasil namun Keylor Navas sekali lagi menjadi penyelamat.

Tanpa pemain pertahanan termahal dunia, Setan Merah mampu menyerap asakan dan kelajuan Angel Di Maria, Kylian Mbappe dan Neymar untuk tempoh 45 minit pertama ditambah dengan kecemerlangan De Gea.

Paris Saint-Germain memulakan aksi separuh masa kedua dengan penuh garang dan Kylian Mbappe semakin panas dan liar dengan percubaan merbahaya namun mujur De Gea masih kental.

Hanya sepuluh minit separuh masa kedua bersambung, PSG telah berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Anthony Martial ke gawang sendiri berpunca dari sepakan sudut.

Selepas gol penyamaan terhasil, kegarangan PSG sedikit kendur serta sejuk serta merta dan Manchester United mula melancarkan serang untuk menambah jaringan namun banyak kelaut dan ada diselamatk Keylor Navas.

Alex Telles membuat debut dalam perlawanan ini nyata tida mengecewakan dikeluarkan dan Paul Pogba dimasukkan bagi menambah sengat jentera tengah.

Jentera serangan PSG sangat mengancam namun bahagian tengah dan pertahanan mereka tidalah segah mana memaksa Navas terpaksa bekerja keras.

Akhirnya selepas serangan demi serangan Marcus Rahsford berjaya mendapat ruang terbaik untuk menewaskan Navas dengan satu rembatan padu.

Jaringan yang memberi 3 mata pertama dan mata berharga untuk Manchester United. Aksi menakjubkan dari Axel Tuanzebe dan Aaron Wan Bissaka yang menyapu bersih disegenap pelusuk padang.

PSG: Navas, Florenzi, Diallo, Kimpembe, Kurzawa, Herrera, Danilo Pereira, Gueye, Di Maria, Mbappe, Neymar.

Subs: Rafinha, Marquinhos, Sergio Rico, Kean, Sarabia, Draxler, Bakker, Letellier, Dagba, Pembele, Fadiga, Ruiz-Atil.

Manchester United: de Gea, Wan Bissaka, Tuanzebe, Lindelof, Shaw, Telles, Fred, McTominay, Fernandes, Rashford, Martial.

Subs: Pogba, Mata, James, Fosu-Mensah, Ighalo, Henderson, Pellistri, Matic, Williams, van de Beek.

BACA:  Jersi Messi Habis Dijual Dalam Masa 30 Minit