UEFA Keluarkan Senarai 10 Pemain Terbaik Tahunan

Semua sedia maklum bahawa emain tengah Real Madrid, Luka Modric telah dinamakan sebagai Pemain Lelaki Terbaik UEFA bagi musim 2017/2018, mengenepikan cabaran sengit dari bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo dan bintang Liverpool, Mohamed Salah.

Pemain antarabangsa Croatia itu berjaya menggondol anugerah berprestij tersebut setelah membantu Real Madrid memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim lalu dengan menewaskan Liverpool dalam aksi final. Ia juga merupakan kali ke-3 berturut-turut Real Madrid berjaya memenangi pertandingan tersebut.

Selain itu, faktor kemenangan Modric juga berkait rapat dengan kejayaan beliau mengemudi Croatia mara sehingga perlawanan akhir di Piala Dunia 2018 dua bulan yang lalu.

Modric merupakan kapten Croatia dan beliau mempamerkan kepimpinan yang terpuji untuk membawa Croatia ke perlawanan akhir Piala Dunia pertama dalam sejarah negara tersebut, sebelum tumpas di tangan Perancis.

Seramai 80 jurulatih dari pasukan yang bertanding dalam Liga Juara-Juara Eropah dan Europa League musim lepas bertanggungjawab melakukan undian untuk memilih pemenang anugerah ini. Selain itu seorang journalist dari setiap 55 negara yang berdaftar dengan UEFA juga berpeluang mencabut undi bagi memilih 3 pemain terbaik masing-masing.

Kesemua mereka ini telah sehati sejiwa memilih Modrid sebagai pemenang dan berikut merupakan senarai pemain yang berada dalam carta teratas.

1. Luka Modrić (Real Madrid & Croatia) – 313 mata
2. Cristiano Ronaldo (Juventus/Real Madrid & Portugal) – 223 mata
3. Mohamed Salah (Liverpool & Egypt) – 134 mata
4. Antoine Griezmann (Atlético & France) – 72 mata
5. Lionel Messi (Barcelona & Argentina) – 55 mata
6. Kylian Mbappé (Paris & France) – 43 mata
7. Kevin De Bruyne (Manchester City & Belgium) – 28 mata
8. Raphaël Varane (Real Madrid & France) – 23 mata
9. Eden Hazard (Chelsea & Belgium) – 15 mata
10. Sergio Ramos (Real Madrid & Spain) – 12 mata

Selepas undian dilakukan, Modric muncul pemenang dengan menerima 313 mata. Modric selesa di hadapan pemenang 3 kali, Ronaldo yang sekadar mengutip 223 mata. Ronaldo yang kini bermain untuk Juventus berjaya menjaringkan 44 gol dari 44 perlawanan untuk Los Blancos musim lepas.

Salah melengkapkan ‘Top 3’ dengan menerima 134 mata selepas mengharungi musim pertama yang menakjubkan bersama Liverpool. Sama seperti Ronaldo, beliau juga berjaya menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan di samping membantu Liverpool menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris 2017/18 di tangga ke-4.

UEFA awards

Men’s Player of the Year: Luka Modric, Cristiano Ronaldo, Mohamed Salah

Women’s Player of the Year: Pernille Harder, Ada Hegerberg, Amandine Henry

Goalkeeper of the Season: Keylor Navas, Alisson Becker, Gianluigi Buffon

Defender of the Season: Sergio Ramos, Marcelo, Raphael Varane

Midfielder of the Season: Luka Modric, Kevin De Bruyne, Toni Kroos

Forward of the Season: Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Mohamed Salah

Baca Juga

Baca Juga