Kejohanan Eropah atau Euro 2020 sudah sampai ke pengakhirannya dan setakat ini kita telah dihidangkan dengan aksi yang pelbagai, membuatkan penantian lima tahun kejohanan ini sungguh berbaloi.
Rasa seperti sudah lama dulu kita saksikan bagaimana rembatan leret Eder menewaskan Hugo Lloris di Stade de France sekaligus membawa piala terulung di Eropah ini singgah ke bumi Portugal. Tahun ini, bermula dengan aksi Turki menentang Itali, kita telah disajikan dengan jumlah jaringan gol yang begitu banyak.
Euro kali ini juga boleh dikatakan sebagai saingan Euro yang paling di luar jangkaan. Juara bertahan, Portugal telah tersingkir awal bersama-sama juara dunia, Perancis, dan juga pasukan yang berada di kedudukan pertama ranking FIFA โ Belgium.
Pada hari Selasa dan Rabu nanti kita akan dihidangkan dengan aksi yang penuh mendebarkan daripada empat pasukan yang bertanding di separuh akhir.
๐ด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ England vs. Denmark ๐ฉ๐ฐ
๐ฎ๐น Italy vs. Spain ๐ช๐ธBRING ON THE #EURO2020 SEMIS ๐ pic.twitter.com/3vojqlg2w9
โ ESPN (@espn) July 3, 2021
Sepanyol, pasukan yang tidak diberi harapan pada awal kejohanan selepas tampil sendu di hadapan gol, melangkah jauh melangkaui jangkaan ramai. Begitu juga dengan pasukan Denmark, yang telah berdepan detik cemas pada perlawanan pertama di mana pemain tengah mereka, Christian Eriksen tiba-tiba tumbang di tepi padang dan telah disahkan meninggal dunia beberapa minit sebelum diberi peluang kedua oleh Pencipta.
Pasukan Itali menebus kesilapan mereka gagal layak ke Piala Dunia apabila tampil dominan di setiap perlawanan sejak wisel sepak mula bertemu Turki ditiup, sehinggalah wisel perlawanan menentang Belgium dibunyikan.
Manakala England pula memulakan saingan dengan aksi yo-yo, berjaya meningkatkan permainan mereka dan menjadi satu pasukan yang cukup stabil di segenap posisi. Muncul sebagai satu-satunya pasukan yang belum bolos dalam kejohanan ini, pasukan yang digelar Tiga Singa ini bakal menjadi pilihan utama untuk menggondol piala yang tidak pernah mereka julang sebelum ini.
Kejohanan ini akan menutup tirai dengan baki lagi tiga perlawanan, tetapi para penyokong dan peminat sudahpun menghadam kesemua aksi yang dipamerkan pasukan bertanding pada tahun ini.
Dengan itu, para penyokong juga sudah boleh membuat kesimpulan tentang pemain-pemain yang paling menonjol, tidak kiralah siapa yang akan menjulang Trofi Henri Delaunay di Stadium Wembley nanti.
โ๏ธ Did you know? Iker Casillas is to date the only player to lift the Henri Delaunay trophy twice, having captained Spain to success in 2008 and 2012.
He is also the only goalkeeper to have captained a winning nation.#EURO2020 #ESP pic.twitter.com/x0i9QrfQYC
โ UEFA (@UEFA) June 14, 2021
Tidak dapat dinafikan, bila berbicara tentang siapa pemain terbaik pilihan, pasti akan ada nama-nama besar kan disebut dek aksi keseluruhan atau sekilas aksi sahaja, tetapi bila berbicara tentang statistik, tidak dapat tidak para penyokong terpaksa membuka mata dan melapangkan dada untuk melihat siapa pemain yang dianggap terbaik.
Pengajur, UEFA, telah bekerjasama dengan FedEx Performance Zone untuk mendapatkan statistik tepat tentang prestasi pemain, dengan menggunakan algoritma yang cukup kompleks.
Apa Benda FedEx Performance Zone Ni?
FedEx Perfomance Zone(FPZ) adalah satu kajian statistik yang mengumpul data pemain daripada UEFA Nations League, Kelayakan Eropah dan juga perlawanan persahabatan antarabangsa dan dimasukkan ke dalam algoritma yang direka khas untuk menghasilkan satu ranking pra-kejohanan berdasarkan persembahan pemain.
FPZ juga hanya mencatatkan prestasi pemain untuk pasukan kebangsaan dan meletakkan pemain di tahap yang sama rata.
Kaedah mekanisme FPZ ini kalau ikutkan agak mudah untuk difahami.
Setiap pemain diletakkan satu posisi utama di mana mereka dijangka akan bermain pada kebanyakan masa, dan mereka dibahagikan kepada penjaga gol, pertahanan, pemain tengah dan juga penyerang.
Data yang dikumpulkan adalah berkait dengan posisi utama mereka sepertiย clean sheet, terjahan dan memenangi bola โ data yang sesuai bagi pemain di bahagian yang bertahan, manakala gol,ย assist, hantaran dan umpanan adalah skop metrik bagi pemain tengah dan penyerang.
Algoritma ini akan menggunakan data statistik pemain dalam setiap perlawanan, dengan ranking akan dikemas kini secara langsung setiap kali selepas perlawanan tamat.
Daripada algorima, pihak UEFA telah mengeluarkan satu senarai 100 pemain terbaik Euro pada tahun ini, dengan 20 daripadanya adalah seperti di bawah.
20 Pemain Terbaik Euro 2020
20. Memphis Depay (Belanda) โ 59766 mata
19. Jordi Alba (Sepanyol) โ 59905 mata
18. Emil Forsberg (Sweden) โ 60518 mata
17. Manuel Akanji (Switzerland) โ 60854 mata
16. Thorgan Hazard (Belgium) โ 61176 mata
15. Pablo Sarabia (Sepanyol) โ 62020 mata
14. Luka Modric (Croatia) โ 62771 mata
13. Georginio Wijnaldum (Belanda) โ 62023 mata
12. Thomas Meunier (Belgium) โ 63236 mata
11. Aymeric Laporte (Sepanyol) โ 63298 mata
10. Xherdan Shaqiri (Switzerland) โ 63910 mata
9. Raheem Sterling (England) โ 64639 mata
8. Mykola Matviyenko (Ukraine) โ 65391 mata
7. Steven Zuber (Switzerland) โ 66441 mata
6. Robin Gosens (Jerman) โ 67787 mata
5. Andriy Yarmolenko (Ukraine) โ 67886 mata
4. Marco Verratti (Itali) โ 69563 mata
3. Joakim Mรฆhle (Denmark) โ 78195 mata
2. Patrick Schick (Republik Czech) โ 64627 mata
1. Cristiano Ronaldo (Portugal) โ 88729 mata
Ronaldo Masih Padu Seperti Biasa
Sangat mengagumkan Ronaldo masih mampu untuk beraksi seperti orang muda, meskipun usianya lagi empat tahun bakal menjengah 40 tahun. Dalam empat perlawanan, penyerang Portugal ini telah menjaringkan lima gol, mendahului carta penjaring di Euro bersama pemain Republik Czech, Patrik Schick, sekaligus menjadikan kejohanan ini sebagai kejohanan yang paling prolifik buat pemain terbaik dunia ini.
Ronaldo menjaringkan gol dua gol dalam perlawanan pertama Portugal ketika menentang Hungary, satu gol ketika mereka tumpas kepada Jerman dan juga satu gol ketika mereka seri 2-2 dengan pasukan Perancis, sekaligus meletakkannya sebagai penjaring terbanyak Euro sepanjang zaman mengtasi lagenda Perancis, Michel Platini.
Kejohanan Euro ini mungkin merupakan kejohanan terakhir buat pemain lagenda ini dan tidak dapat dipastikan siapakah yang bakal menggantikannya sebagai penyerang terbaik eropah sepanjang zaman.