Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo dikenakan hukuman daripada UEFA atas keraian gol ketika perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara Eropah di antara Juventus menentang Atletico Madrid di pusingan 16 terbaik.
Ronaldo meletakkan tangannya di bahagian sulit beliau, meniru gaya keraian ‘Cojones’ Diego Simeone ketika perlawanan pertama di Wanda Metropolitano Stadium.
Badan induk bola sepak Eropah, UEFA telah membuat keputusan untuk mengenakan hukuman ke atas Ronaldo atas perlakuan tidak sopan dan dikenakan denda €20,000 (£17,300).
Ronaldo bernasib baik kerana tidak dikenakan hukuman gantung untuk perlawanan suku akhir dan hukuman ini sama seperti yang diterima Diego Simeone.
#Ronaldo come Simeone #JuveAtelti pic.twitter.com/hh3veIMKuk
— Tutti Convocati (@tutticonvocati) March 12, 2019
Juventus tewas 2-0 dalam perlawanan pertama di Madrid, dan Simeone menyambut gol ke-2 pasukannya dalam perlawanan tersebut dengan meletakkan tangan di batu beliau.
Simeone meraikan gol ke-2 pasukannya dengan meletakkan tangan di bahagian kemaluan beliau. Tindakan tersebut dilakukan untuk memberitahu kepada dunia yang Atletico Madrid mempunyai ‘batu’ atau dalam bahasa Orang Putih ia dipanggil ‘cojones’.
Simeone terlepas dari sebarang hukuman penggantungan perlawanan tetapi didenda UEFA sebanyak €20,000.
Dalam perlawanan timbal balik, Ronaldo berjaya mencetak hatrik untuk membawa Juventus ke peringkat suku akhir. Ketika meraikan gol ke-3 beliau dalam perlawanan tersebut, Ronaldo meniru gaya keraian ‘Cojones’ Simenone.
No one:
Diego Simeone: pic.twitter.com/ao1EuDTpoO
— Nooruddean (@BeardedGenius) February 20, 2019
Sebelum ini UEFA mengumumkan Ronaldo akan menerima hukuman atas tindakannya itu dan kini denda telah dikeluarkan.
“Berikutan siasatan yang dilakukan oleh badan disiplin melalui ‘UEFA Ethics and Disciplinary Inspector’, berdasarkan artikel 55 dalam ‘UEFA Disciplinary Regulations’, satu proceeding akan dibuka berikutan perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir di antara Juventus dan Atletico Madrid yang berlangsung pada 12 Mac di Itali.”
“Charges against Juventus Football Club: Improper conduct of player Cristiano Ronaldo – Art. 11 (2) (b) and Art. 11 (2) (d) of the UEFA Disciplinary Regulations.”
“Badan Disiplin UEFA akan menilai kes ini dalam mesyuarat seterusnya yang akan berlangsung pada 21 Mac nanti.”
Dalam undian pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung pada Jumaat minggu lalu, Juventus telah diundi bertemu Ajax. Perlawanan pertama akan berlangsung di Ajax pada 10 April nanti.