UEFA Nation League: Jerman 1-1 Sepanyol

Sepanyol bangkit mengejar Jerman di penghujung perlawanan dengan gol penyamaan hadir pada minit ke-95 untuk berkongsi mata dalam kejohanan UEFA Nation League A kumpulan 4.

Ini adalah pertemuan pertama diantara kedua-dua gergasi bola sepak Sepanyol ini setelah kali terakhir bertemu di perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Bola sepak antarabangsa kembali bersambung dan UEFA Nation League antara kejohanan antarabangsa yang kembali meneruskan saingan selepas berehat lama.

Pertembungan dua gergasi Eropah, Jermana dan Sepanyol sudah pasti menjadi perlawanan yang ditunggu-tunggu selepas penangguhan kejohanan EURO 2020 ke tahun hadapan.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan dan paada minit ke-51, Timo Werner menjaringkan gol pembukaan dengan satu rembatan menarik.

Ketika pemenang perlawanan dilihat menjadi milik Jerman, Jose Gaya menyamakan kedudukan melalui satu tolakan jarak dekat.

Penjaga gol yang dilihat semakin merosot dan sendu, David De Gea menjadi pemain terbaik perlawanan dengan melakukan 7 saves.

Starting XI: De Gea, Carvajal, Ramos, Pau Torres, Gaya, Thiago, Busquets, Fabian, Navas, Moreno, Ferran Torres

Germany XI: Trapp, Kehrer, Gosens, Draxler, Kroos, Werner, Sule, Rudiger, Sane, Gundogan, Can

BACA:  UEFA Nation League: Iceland 0-1 England