UEFA Nation League: Sweden 0-2 Portugal

Portugal mudah menewaskan Sweden yang bermain 10 orang untuk baki 45 minit perlawanan dengan dua jaringan tanpa balas dalam saingan UEFA Nation League, League A kumpulan 3 yang turut dihuni Perancis dan Croatia.

Kedua-dua jaringan Portugal telah dijaringkan oleh siapa lagi kalau bukan pemain veteran handalan dunia ketika ini, Cristiano Ronaldo dalam penampilan ke-165 untuk Portugal.

Jaringan ini merupakan jaringan yang ke-100 dan 101 buat Ronaldo di peringkat antarabangsa, lapan gol dibelakang penjaring terbanyak sepanjang zaman Ali Daei dengan 109 gol.

Gol yang ke-100 ini telah menobatkan Ronaldo sebagai pemain bola sepak lelaki yang kedua menjaringkan 100 gol diperingkat antarabangsa selepas Ali Daei.

Sweden bermain dengan 10 pemain pada minit ke-44 selepas Gustav Svensson mengutip kad kuning kedua lalu diusir keluar daripada padang.

Jaringan ke-100 Ronaldo terhasil daripada satu sepakan percuma yang sangat mengancam jiwa menerjah penjuru gawang sebelum tamat separuh masa pertama.

Gol kedua Ronaldo terhasil daripada satu sepakan yang sungguh cantik menyaksikan bola deras menggelembung masuk ke gawang membuatkan penjaga gol Sweden terpaku.

Pemain 35 tahun itu telah menjaringkan 99 gol sebelum ini dan tersekat diangka tersebut sejak November 2019.

Dengan permainan bola sepak dihentikan berbulan-bulan akhirnya angka itu kembali bertambah.

Sweden: Olsen; Krafth, Jansson, Helander, Augstinsson; Kulusevski (Ekdal, 90), Svensson, Olsson, Forsberg (Svanberg, 79); Berg, Isak (Quaison, 71).

Portugal: Lopes, João Cancelo, Pepe, Rúben Dias, Guerreiro; João Moutinho (Rúben Neves, 73), Danilo, Bruno Fernandes; Bernardo Silva (Gonçalo Guedes,22), João Félix, Ronaldo (Diogo Jota, 81).

BACA:  Cristiano Ronaldo Manusia Lelaki Pertama Jaringkan Gol Di Lima Edisi Piala Dunia