UEFA Nation League: Switzerland 1-1 Sepanyol

UEFA Nation League meneruskan saingan seperti biasa selepas liga direhatkan untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa dan sudah pasti aksi negara Eropah menjadi tarikan.

Pertemuan Switzerland menentang Sepanyol menjadi tumpuan walaupun berakhir dengan keputusan seri selepas Sergio Ramos gagal menjaringkan dua sepakan penalti.

Switzerland bermula baik dalam perlawanan ini percubaan Xherdan Shaqiri menguji penjaga gol Sepanyol, Unai Simon yang berjaya membuat tepisan.

Breel Embolo telah mengirim satu umpanan terukur tepat dan disudahkan oleh Remo Freuler dengan satu sontekan first-time cantik lagi bersahaja.

Super Gol menurut kata sang pengulas perlawanan.

Unai Simon telah melakukan satu kesilapan besar apabila beliau keluar ke atas untuk merebut bola namun gagal dan Haris Seferovic berjaya melarikan bola.

Percubaan Haris Seferovic telah berjaya dihadang Sergio Ramos di atas garisan gol sungguh pantas pemain veteran ini turun menjadi penjaga gol.

Aksi heroic Ramos itu telah bertukar menjadi kusam selepas beliau gagal menjaringkan penalti dengan satu sepakan lemah yang berjaya ditolak keluar Yann Sommer.

Nico Elvedi telah dilayangkan kad merah selepas mengasari Alvaro Morata dalam kotak penalti dan sepakan penalti kedua untuk Sepanyol dalam perlawanan ini.

Sergio Ramos mendapat peluang kedua apabila mendapat sepakan penalti sekali lagi dan satu lagi kesilapan besar dari Ramos.

Panenka yang gagal teruk bertukar menjadi petaka lebih teruk dari sepakan pertama dan mudah Yann Sommer membut tangkapan kemas.

Gerard Moreno menjadi penyelamat Sepanyol dengan gol penyamaan minit akhir perlawanan.

Satu malam yang buruk buat Ramos yang membuat penampilan ke-177 untuk Sepanyol sekaligus menjadi pemain paling banyak membuat penampilan di Eropah.

Ramos mengatasi Gianluigi Buffon yang selama ini telah membuat 176 penampilan bersama skuad kebangsaan Itali.

BACA:  Freindly Match: Sepanyol 0-0 Portugal