UEFA Nations League 3/4: Itali 2-1 Belgium

Pertembungan Itali dan Belgium berlangsung bagi menentukan siapakah bakal memenangi tempat ketiga UEFA Nations League sekaligus membawa pulang kalung pingat gangsa selepas kedua-dua pasukan tewas di separuh akhir.

Itali selaku juara Eropah kempunan untuk menambah kejuaraan apabila disingkirkan Sepanyol, manakala Belgium pula terpaksa akur dan tunduk dengan kebangkitan sensasi Perancis.

Nicolo Barella dan Domenico Berardi menjaringkan gol ketika Itali mengalahkan Belgium 2-1 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat UEFA Nations League di Turin.

Selepas babak pertama berlalu tanpa sebarang gol, Nicolo Barella meletakkan Itali di depan pada awal separuh masa kedua dengan bsatu volley yang cukup manis.

Domenico Berardi menambah derita Belgium dengan menggandakan kedudukan pada minit ke-65 melalui sepakan penalti

Belgium cuba bangkit dan berjaya menimbulkan ketakutan untuk Itali di lewa perlawanan hasil jaringan Charles De Ketelaere pada minit ke-88.

Itali yang terkenal dengan seni permainan bertahan tidak ada masalah untuk mempertahankan jaringan sehingga tamat perlawanan.

Italy Starting XI (4-3-3) : Gianluigi Donnarumma; Giovanni Di Lorenzo, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini (capt), Leonardo Spinazzola; Nicolo Barella, Jorginho, Marco Verratti; Federico Chiesa, Ciro Immobile, Lorenzo Insigne

Pemain Simpanan : Sirigu, Meret, Emerson, Acerbi, Bastoni, Toloi, Locatelli, Pessina, Cristante, Belotti, Berardi, Bernardeschi.

Belgium Starting XI (3-4-3) : Thibaut Courtois; Toby Alderweireld, Jan Vertonghen (capt), Thomas Vermaelen; Thomas Meunier, Youri Tielemans, Axel Witsel, Thorgan Hazard; Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku, Jeremy Doku

Pemain Simpanan : Kaminski, Sels, Boyata, Denayer, Carrasco, Mertens, Dendoncker, Chadli, Praet, Benteke, Batshuayi, Trossard.

UNL Semi Final: Itali 1-2 Sepanyol

Malam bola sepak antarabangsa berterusan, selepas disajikan dengan perlawanan antara Malaysia menentang Jordan yang menyaksikan Malaysia tewas empat gol tanpa balas, bola sepak Eropah pula disajikan kepada semua.

Perlawanan separuh akhir EUFA Nations League telah menemukan juara EURO 2020, Itali dan pasukan yang dalam pembikinan, Sepanyol yang dibarisi ramai pemain muda lagi jelita.

Federico Chiesa terlebih dahulu menguji kubu pertahanan dengan satu rembatan luar kotak penalti namun Unai Simon berjaya menepis keluar dengan penuh yakin.

Pada minit ke-17, Sepanyol berada didepan melalui Ferran Torres yang menyempurnakan hantaran lintang cantik Mikel Oyarzabal dengan penuh bergaya untuk mengejutkan Itali.

Pada minit ke-34 Federico Bernardeschi hampir saja menyamakan kedudukan melalui satu rembatan ke bahagian kanan gawang namun berjaya ditepis Unai Simon dan bola terkena tiang lalu keluar.

Sejurus selepas itu Lorenzo Insigne pula datang mencuba namun percubaannya ke laut dalam. tersasar dari gawang.

Malang menimpa Itali pada minit ke-40 selepas gagal menyempurnakan dua peluang keemasan apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain dengan masa perlawanan yang berbaki.

Leonardo Bonucci mengutip kad kuning kedua yang membawa kepada kad merah lalu terpaksa meninggalkan padang kerana menyiku ketua pasukan Sepanyol, Sergio Busquets.

Ini merupakan kali kedua Leonardo Bonucci mengutip kad merah dalam karier antarabangsa, kad pertama ketika kelayakan EURO menentang Malta pada tahun 2014.

Sepanyol segera menggunakan kelebihan seorang pemain dan terus menghukum Itali beberapa saat sebelum tamat separuh masa pertama.

Sekali lagi umpanan Mikel Oyarzabal disudahkan oleh Ferran Torres kali ini melalui satu tandukan dengan kepala.

Dua gol untuk Sepanyol dan kedua-duanya dari Ferran Torres serta kedua-dua bantuan gol hadir melalui Mikel Oyarzabal.

Bersambung babak kedua, Roberto Mancini mengeluarkan Federico Bernardeschi dan digantikan dengan Giorgio Chiellini untuk kembali menguatkan benteng.

Itali jelas kelihatan terencat dengan kekurangan pemain apabila untuk tempoh 10 minit pertama separuh masa kedua, Sepanyol menguasai 86 peratus penguasaan bola.

Kesedapan, keenakan serta keghairahan menonton perlawanan dua pasukan gergasi ini nyata berkurang dengan penguasaan bola menjadi hak milik mutlak Sepanyol, seni bertahan mula dipamerkan Itali.

Pada minit ke-57, Roberto Mancini membuat dua pertukaran lagi dengan mengeluarkan Marco Veratti dan Lorenzo Insigne lalu dimasukkan Moise Kean dan Manuel Locatelli.

Bermula dari satu lontaran ke dalam Itali melakukan serangan pantas melalui Federico Chiesa menyaksikan rembatannya terkena tiang dan pembantu pengadil mengangkat bendera tanpa offside.

Yeremi Pino yang masuk menggantikan Ferran Torres membuat satu chip padu ke kawasan penalti namun Mikel Oyarzabal yang tidak dikawal gagal menanduk tepat ke gawang.

Itali tiada pilihan lain selain bertahan mereka juga wajib menyerang bagi mencari gol penyamaan untuk terus menghidupkan peluang mereka ke final.

Beberapa serangan dilakukan Itali dan akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-83 melalui satu serangan balas pantas.

Pada usia 17 tahun 62 hari, Pablo Gavira atau Gavi membuat debut bersama pasukan Sepanyol dan bermain selama 84 minit.

Berpunca dari sepakan penjuru Sepanyol yang berjaya dikeluarkan oleh Giorgio Chiellini dan Federico Chiesa berjaya melarikan bola secara solo.

Ketika berhadapan satu lawan satu berdepan Unai Simon, Federico Chiesa tidak tamak apabila melihat Lorenzo Pellegrini tiba disebelah kanan.

Tolakan dilakukan Chiesa kepada Pellegrini yang tidak dikawal dan dengan mudah satu tolakan dibuat ke gawang yang terbuka.

Namun gol tersebut tidak cukup buat Itali dan hanya menjadi gol saguhati sahaja. Akhirnya Sepanyol berjaya meleburkan rekod 37 perlawanan tanpa kalah Itali dan mara ke final.

Kesebelasan Utama Italy (4-3-3) : Gianluigi Donnarumma; Giovanni Di Lorenzo, Leonardo Bonucci, Alessandro Bastoni, Emerson; Nicolo Barella, Jorginho, Marco Verratti; Federico Chiesa, Federico Bernadeschi, Lorenzo Insigne.

Pemain Gantian : Sirigu, Meret, Chiellini, Calabria, Locatelli, L Pellegrini, Raspadori, Berardi, Dimarco, Acerbi, Cristante, Kean.

Kesebelasan Utama Sepanyol (4-3-3) Simon; Azpilicueta, Laporte, Pau Torres, Alonso; Koke, Busquets, Gavi; Sarabia, Ferran Torres, Oyarzabal.

Pemain Gantian : de Gea, Sanchez, Inigo Martinez, Bryan Gil, Pino, Sergi Roberto, Eric Garcia, Reguilon, Pedro Porro, Rodri, Fornals, Merino.

Pengadil perlawanan : Sergei Karasev (Russia).

Baca Juga

Baca Juga