UEFA Nations League: Croatia 2-3 Portugal

Portugal dan Croatia turun dalam perlawanan terakhir UEFA Nations League A Group 3 sebagai perawalan pelengkap jadual sahaja selepas Perancis mengesahkan kemaraan selaku juara kumpulan.

Keputusan perlawanan ini tidak mengubah apa-apa apabila Sweden yang berada ditangga terakhir telah selamat tersingkir selepas tewas kepada Perancis.

Namun perlawanan ini tetap menarik apabila Portugal mempamerkan aksi kebangkitan selepas Croatia bermain 10 orang.

Mateo Kovacic menjaringkan gol pendahuluan Croatia dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat 45 minit pertama.

Enam minit bersambung babak kedua, Marko Rog telah mengutip kad kuning kedua yang membawa kepada layangan kad merah.

Lalu bermulah kebangkitan Portugal yang mempunyai kelebihan pemain dengan Ruben Dias menyamakan kedudukan seminit selepas kad merah.

Pada minit ke-60 Joao Felix telah meletakkan Portugal di hadapan namun Croatia tidak mengalah.

Mateo Kovacic kembali menyamakan kedudukan dan perlawanan dilihat seakan berakhir dengan keputusan seri.

Tapi sekali lagi Ruben Dias datang dengan gol kemenangan.

Croatia (4-D-2) Livakovic; Juranovic, Lovren, Skoric, Bradaric; Rog; Modric, Kovacic; Pasalic; Vlasic, Perisic.

Portugal (4-3-3) Rui Patricio; Nelson Semedo, Ruben Dias, Ruben Semedo, Mario Rui; Danilo, Joao Moutinho, Bruno Fernandes; Joao Felix, Ronaldo, Diogo Jota.

BACA:  EURO 2020: Hungary 0-3 Portugal