UEFA Nations League: England 0-1 Denmark

Pasukan Tiga Singa, England masih segar dan penuh dengan cetusan semangat yang berkobar-kobar selepas berjaya menewaskan pasukan nombor satu dunia dalam ranking FIFA, Belgium beberapa hari lalu.

Namun dalam bola sepak, semua rekod yang dicatatkan kadangkala hanya tampak memihak kepada satu pihak cuma di atas kertas dan inilah yang terjadi dalam perlawanan England menentang Denmark.

England terpaksa bermain 10 orang untuk baki 60 minit permainan selepas benteng kebal mereka, Harry Maguire telah dilayangkan kad merah dan boleh dituduh menjadi punca kekalahan England.

Sentuhan pertama yang buruk gila daripada Harry Maguire nyata mengundang padah, cubaan Maguire untuk menutup kesilapannya itu telah menyebabkan beliau melakukan satu terjahan yang tidak perlu.

Bola masih berada dikawasan lawan dan terjahan sebegitu tidak perlu lalu Maguire telah dilayangkan kad kuning kedua sekaligus membolehkan pemain pertahanan termahal dunia itu dihalau keluar.

Untuk rekod Harry Maguire merupakan pemain England yang ketiga dilayangkan kad mereah di Stadium Wembley selepas Paul Scholes vs Sweden pada tahun 1999 dan Steven Gerrard vs Ukaraine pada 2012.

Nasib malang England tidak berakhir disitu apabila Kyle Walker mengasari Thomas Delaney dengan menyepak kaki Delaney dan di mata pengadil itu satu kesalahan lalu sepakan penalti dihadiahkan.

Cristian Eriksen tidak berdepan masalah untuk menjaringkan gol dengan satu sepakan terus ke bahagian tengah menewaskan Jordan Pickford.

Ini merupakan gol ke-34 Cristian Eriksen dalam penampilan ke-100 bersama Denmark. Gol kemenangan penuh bergaya untuk penampilan ke-100.

Bermain 10 orang nyata mencacatkan permainan England dan gagal menampilkan permainan seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini dan satu gol sudah cukup untuk Denmark meraih kemenangan.

Selepas perlawanan tamat Recce James yang cemerlang dalam perlawanan ini telah dilayangkan kad merah selepas melepaskan ketidakpuasan hati kepada pengadil.

Recce James menjadi pemain pertama England yang dilayangkan kad merah selepas bermula dari kesebelasan utama buat pertama kali.

England: Pickford, James, Maitland-Niles, Walker, Coady, Maguire, Rice, Phillips, Kane, Mount, Rashford.

Denmark: Schmeichel, Kjaer, Christensen, Skov, Delaney, Braithwaite, Eriksen, Dolberg, Wass, Poulsen, Hojbjerg.

BACA:  England Berpotensi Untuk Diundi Berada Dalam Kumpulan Maut