UEFA Nations League: England 2-1 Belgium

Perlawanan tumpuan UEFA Nations League menemukan pasukan paling popular di dunia bola sepak, England menentang pasukan nombor wahid atau satu dalam ranking FIFA ketika ini, Belgium.

Belgium bermula garang dengan jaringan gol pada minit ke-10 melalui Yannick Carrasco namun jaringan tersebut telah dibatalkan kerana offside.

Romelu Lukaku telah membuka jaringan perlawanan secara sah melalui sepakan penalti selepas Eric Dier telah melakukan satu terjahan ke atas pemain penyerang Inter Milan itu.

Mudah buat Lukaku meletakkan bola ke gawang melalui satu sepakan deras selepas tergedik-gedik agak lama.

Thomas Meunier telah menarik ketua pasukan England, Jordan Henderson dari belakang ketika sepakan penjuru nyata mengundang padah apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti.

Pemenang anugerah MBE, Marcus Rashford tiada masalah untuk menyamakan kedudukan dan menjari nadi kebangkitan England.

Pemain kesayangan Frank Lampard, Mason Mount menyamakan menjaringkan gol kemenangan England melalui satu percubaan yang menggelembung buaya yang sungguh cantik.

Rembatan Mason Mount telah terbias sedikit kaki pemain Belgium tetapi itu sangat membantu untuk bola cantik masuk ke penjuru gawang.

England terus cemerlang gemilang dan terbilang apabila telah memenangi 20 perlawanan daripada 21 perlawanan kompetitif mereka dengan satu kekalahan.

Lebih meyakinkan persembahan England ini apabila mencatatkan 67 gol dan hanya 10 bolos. Tajam.

England XI: Pickford, Walker, Maguire, Dier; Alexander-Arnold, Rice, Henderson, Trippier; Mount, Rashford, Calvert-Lewin

Subs: Mings, Pope, James, Coady, Maitland-Niles, Phillips, Ward-Prowse, Grealish, Kane, Ings, Henderson, Sancho

BACA:  Belgium Dianggap Pasukan Paling Bernilai Euro 2016