UEFA Nations League: Sepanyol 6-0 Jerman

Sepanyol telah membelasah Jerman tanpa rasa melekit dengan enam jaringan tanpa belas. Gila-gila pecah muka pecah kepala pecah kaca pecah gelas lepas baca harap blah.

Pemain sayap Manchester City, Ferran Torres telah mencetak hatrik pertamanya dalam karier dan lebih manis ketika menentang pasukan hebat seperti Jerman.

Pertemuan ini diibaratkan seperti ulangan final Euro 2008, Alvaro Morata memulakan pesta gol Sepanyol dengan menanduk masuk gol pertama pada minit ke-17.

Kemudian Ferran Torres menggegar dengan satu voli tanpa belas untuk menggandakan kedudukan sebelum Rodri menjadikan kedudukan 3-0 selepas tamat 45 minit pertama.

Tiga gol lagi ditambah pada babak kedua menyaksikan Ferran Torres melengkapkan hatrik sebelum Mikel Oyarzabal menjaringkan gol penutup minit akhir perlawanan.

Pemain muda berusia 20 tahun itu kemudiannya berjaya untuk mencatatkan hat-trick pada minit ke-71 permainan dan menjadikan kedudukan 5-0.

Ferran Torres merupakan pemain pertama yang berjaya mencipta hat-trick ketika bertemu Jerman sejak kali terakhir dilakukan oleh Michael Owen pada tahun 2001 lalu.

Beliau juga kini menjadi pemain paling muda yang pernah mencipta hat-trick untuk skuad kebangsaan Sepanyol dalam perlawanan rasmi.

Kemenangan ini membawa Sepanyol ke separuh akhir menurut jejak Perancis. Dua lagi pasukan bakal ke separuh akhir antara Italy / Netherlands / Poland dan
Belgium / Denmark.

Spain (4-3-3) Unai Simon; Sergi Roberto, Ramos, Pau Torres, Gaya; Canales, Rodri, Koke; Dani Olmo, Morata, F Torres.

Substitutes: De Gea, Kepa, Cucurella, Inigo Martinez, Llorente, Gerard Moreno, Asensio, Traore, E Garcia, Fabian Ruiz, Oyarzabal, Merino.

Germany (4-3-3) Neuer; Ginter, Sule, Koch, Max; Goretzka, Gundogan, Kroos; Sane, Gnabry, Werner.

Substitutes: Leno, Trapp, Udokhai, Tah, Neuhaus, Amiri, Brandt, Waldschmidt, Henrichs, Stark, Dahoud.

BACA:  Joachim Low Dikhabarkan Dilamar PSSI Sebagai Pengarah Teknikal