UEFA Umum Format Baru Champions League Bermula 2024/25

The Union of European Football Associations (UEFA) telah mengumumkan format baharu kejohanan paling agung di Eropah, UEFA Champions League (UCL) yang akan berkuatkuasa bermula musim 2024/25.

UEFA merupakan badan pentadbir yang mewakili persatuan bola sepak negara Eropah yang menganjurkan kejohanan untuk kelab dan negara-negara Eropah yang mengawal selia hadiah kejohanan, peraturan dan hak penyiaran.

Format baharu kejohanan ini bukan sahaja melibatkan Champions League malah Europa League serta Europa Conference League yang akan diperkenalkan kepada ramai.

Selepas lama berbincang dan memerah otak maka Jawatankuasa Eksekutif UEFA telah meluluskan format baru untuk kejohanan kelab yang akan mengambil masa dua tahun untuk diguna pakai.

Pembaharuan itu dilakukan setelah rundingan yang meluas di seluruh keluarga bola sepak dan mendapat sokongan sebulat suara dari Lembaga ECA dan Jawatankuasa Pertandingan Kelab UEFA (yang terdiri daripada majoriti wakil kelab) pada hari Jumaat yang lalu.

Perubahan yang dibuat dirancang untuk menjamin masa depan positif bola sepak Eropah di setiap peringkat dan memenuhi keperluan semua pihak berkepentingan yang terus berubah.

Dengan tegas komitmen dilaungkan bersama terhadap prinsip persaingan terbuka dan prestasi sukan di seluruh benua, tujuan umum juga adalah untuk mempertahankan liga domestik.

Format Baru Champions League

Penambahan pasukan akan menjadikan jumlah pasukan bertanding daripada 32 pasukan kepada 36 pasukan di UEFA Champions League. Bermakna ada empat penambahan slot baharu.

Perubahan terbesar akan menyaksikan transformasi dari peringkat kumpulan tradisional ke peringkat liga tunggal termasuk semua 36 pasukan yang mengambil bahagian.

Setiap kelab kini akan dijamin sekurang-kurangnya 10 perlawanan peringkat liga terhadap 10 lawan yang berbeza dengan lima perlawanan sebagai tuan rumah dan lima perlawanan tandang atau tempat lawan.

Setiap pasukan yang bermain 10 perlawanan berdasarkan pilihan atau ‘seeded basis’ dan mengikut Swiss Model.

Format lama menyaksikan 32 pasukan bertanding dipecahkan kepada 8 kumpulan, dihuni 4 pasukan dengan enam perlawanan menentang tiga pasukan dimainkan secara home dan away.

Lapan pasukan teratas dalam liga tunggal akan layak secara automatik ke peringkat kalah mati

Sementara pasukan yang berada di kedudukan kesembilan hingga ke-24 akan bersaing dalam play-off secara timbal balik (two-legged play-off) untuk memastikan tempat ke pusingan 16 terakhir pertandingan.

Perubahan format yang serupa juga akan berlaku untuk UEFA Europa League dengan liga tunggal membabitkan 8 perlawanan di peringkat liga dan dan UEFA Europa Conference League mebabitkan 6 perlawanan di peringkat liga.

Tertakluk pada perbincangan dan persetujuan lebih lanjut, kedua pertandingan ini juga dapat diperluas ke sejumlah 36 pasukan masing-masing di peringkat liga.

Kelayakan untuk Liga Juara-Juara UEFA akan terus terbuka dan diperoleh melalui prestasi pasukan dalam pertandingan domestik.

Salah satu tempat tambahan akan menjadi milik kelab yang menduduki tempat ketiga dalam kejuaraan persatuan di kedudukan kelima dalam ranking persatuan kebangsaan UEFA.

Satu lagi slot akan diberikan kepada juara domestik dengan menambah dari empat kepada lima jumlah kelab yang layak melalui “Jalur Juara” atau “Champions Path”.

Dua tempat terakhir akan masuk ke kelab dengan koefisien kelab tertinggi sejak lima tahun kebelakangan ini yang tidak layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara tetapi telah melayakkan diri sama ada untuk fasa kelayakan Liga Juara-Juara, Liga Europa atau Liga Persidangan Europa.

Semua permainan kecuali final masih akan dimainkan pada pertengahan minggu, bagimenjaga kepentingan kalendar permainan domestik.

Rumusan

Inilah gambaran secara asa yang telah diumumkan oleh UEFA bagi format baharu Champions League yang akan bermula bagi musim 2024/25 dan tiada perincian lebih lanjut diberikan.

Format baru yang menambahkan jumlah perlawanan daripada 125 kepada 225 perlawanan dan tidak termasuk lagi perlawanan Europa League.

Makin pening nak susun jadual liga domestik dan memberi ancaman kepada Carabao Cup dan Piala FA.

Secara mudah inilah yang terjadi dengan format baharu:

  • 32 pasukan kepada 36 pasukan.
  • Spots Tempat baru untuk kelab elit yang gagal memenuhi syarat.
  • Liga tunggal dan bukannya Kumpulan.
  • Pasukan 8 terbaik terus layak ke pusingan kalah mati.
  • Pasukan tempat ke-9 sehingga 24 bermain di play-off.
  • Setiap kelab dijamin 10 permainan, meningkatkan pendapatan.
BACA:  Kenapa Liverpool Tidak Boleh Bertemu Villarreal Selepas Undian Semula?