UEFA Umumkan Peraturan Baru Champions League Musim 2018/19

Union of European Football Associations (UEFA) telah mengumumkan peraturan baru bagi dua kejohanan berprestij di Eropah iaitu UEFA Champions League dan Europa League yang akan diguna pakai bagi musim 2018/19.

Selepas mesyuarat UEFA Executive Committee di Bratislava keputusan telah dibuat oleh penggubal undang-undang Bola Sepak, the International Football Association Board (IFAB) perubahan telah dibuat untuk kempen musim hadapan.

Perubahan ini akan digunakan untuk kejohanan UEFA Champions League, UEFA Europa League dan UEFA Super Cup.

Pertukaran Pemain Ke-4

Bermula musim 2018/19, pertukaran pemain keempat akan dibenarkan dalam perlawanan kalah mati yang dibawa ke masa tambahan sahaja dan tidak memberi kesan kepada 3 pertukaran pemain yang lain.

Diulangi! pertukaran pemain keempat ini hanya untuk perlawanan kalah mati yang di bawa ke masa tambahan.

18 Pemain kepada 23 Pemain

UEFA juga telah menaikkan jumlah pemain pada hari perlawanan(match day squad) dengan penambahan 5 pemain dari 18 kepada 23 pemain untuk perlawanan UEFA Champions League final, UEFA Europa League final dan UEFA Super Cup.

Contoh Pemain ke-4

Ini akan memberi kelebihan kepada kelab bertanding untuk mengurus dan menyusun pasukan masing-masing dengan lebih efektif.

Ini menjadikan pasukan mempunyai 12 pemain di bangku simpanan berbanding biasa hanya 7 pemain di perlawanan akhir.

Pendaftaran Pemain Baru Selepas Peringkat Kumpulan

Kelab dibenarkan mendaftar 3 pemain baru tanpa sebarang halangan selepas saingan peringkat kumpulan UEFA Champions League dan UEFA Europa League.

Contoh Pemain baru.

Special multiple-winner badge

Kelab yang telah memenangi Europa League 3 kali kali berturut-turut atau menang sekurang-kurangnya 5 kali akan memakai Special multiple-winner badge.

Maka musim hadapan Sevilla satu-satunya pasukan akan memakai lencana ini selepas berjaya memenangi Europa League sebanyak 5 kali iaitu pada tahun 2006, 2007, 2014, 2015 dan 2016

Waktu Sepak Mula Yang Baru

UEFA Champions League play-off, peringkat kumpulan, round of 16, suku akhir, separuh akhir dan final akan bermula pada 21:00CET. Bagi setiap hari perlawanan peringkat kumpulan, dua perlawanan hari Selasa dan dua perlawan hari Rabu akan bermula pada jam 18:55CET. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan dijalankan secara serentak.

Bagi Europa League pula waktu sepak mula peringkat kumpulan sehingga Round of 16 akan bermula pada 18:55 dan 21:00CET. Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan final akan bermula pada 21:00CET.

UEFA Super Cup bakal bermula pada 21:00CET dan akan diguna pakai pada perlawanan UEFA Super Cup 2018 yang bakal berlangsung pada 15 Ogos ini di Tallinn’s Lilleküla Stadium, Estonia.

21:00CET = 03:00 pagi waktu Malaysia
18:55CET = 00:55 pagi waktu Malaysia

Sumber : UEFA

Baca Juga

Baca Juga