Liverpool berjaya melakukan comeback yang luar biasa di Atalanta. Namun mereka tetap tersingkir tanpa belas kasihan.
Skuad Jurgen Klopp sebelum ini menanggung aib, apabila dibantai di laman sendiri oleh Atalanta dengan jaringan 3-0.
Mereka berharap dapat mengulangi kebangkitan ke atas Barcelona beberapa tahun lalu. Lagipun kunjungan terakhir mereka ke Atalanta berakhir dengan kemenangan 5-0.
Namun itu tidak berlaku hari ini. Mohamed Salah menjaringkan gol saguhati menerusi sepakan penalti awal perlawanan. Hadiah sempena Hari Raya kepada Mo Salah.
Malangnya gol itu tidak cukup untuk membantu Liverpool. Mohamed Salah mempersia siakan peluang terbuka ketika dia berdepan dengan penjaga gol. Di mana sepakannya hanya meliar.
Separuh masa pertama Liverpool menamatkan 45 minit pertama dengan 1-0 di hadapan.
Pada separuh masa kedua, Liverpool berusaha lagi untuk menyelamatkan kempen eropah terakhir Jurgen Klopp.
Klopp memasukkan senjata rahsianya, Diogo Jota, Darwin Nunez dan Harvey Elliot. Malangnya 3 pemain itu hanya masuk untuk bersiar siar di dalam padang.
Atalanta bertahan dengan kental sekali. Mengingatkan kita era Manchester United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson satu ketika dahulu.
Liverpool terus gagal untuk menemui jaring. Dengan penjaga gol yang memiliki nama sek kita Kelate, Musso menangkap bola dengan mudah beberapa kali.
Sebagai maklumat tambahan Musso bukanlah orang Kelantan. Dia orang Argentina yang bermain di Atalanta. Penjaga gol berusia 29 tahun itu sebelum ini cemerlang di Anfield.
🇦🇷 JUAN MUSSO en la serie ante Liverpool:
◎ 10 remates recibidos.
◎ 9 atajadas.
◎ 1 gol recibido (de penal).
◎ Valla invicta en Anfield.👏 Es SEMIFINALISTA de la UEFA Europa League con Atalanta pic.twitter.com/l3dzE3kqWX
— dataref (@dataref_ar) April 18, 2024
Tamat perlawanan. Atalanta kalah dengan bermaruah 0-1. Namun Liverpool menang dengan kesedihan tersingkir dari UEL. Piala yang menjadi idaman Jurgen Klopp selepas memenangi UCL beberapa tahun lalu.
Kekalahan di Anfield menjadi punca utama mereka tersingkir. Beraksi seperti kanak kanak tadika perpaduan Taman Jaya membuatkan mereka dibuli di tempat sendiri.
Kini Liverpool akan fokus kepada EPL. Di mana mereka dua mata di belakang Manchester City. Adakah Liverpool mampu membuat kejutan dengan menjadi juara pada musim terakhir Klopp di Anfield?
Segalanya serba samar ketika ini. Kerana prestasi Liverpool agak terumbang ambing. Sebelum ini mereka tewas di tangan Crystal Palace dia Anfield.
Aksi seterusnya Liverpool akan berdepan Fulham di Anfield. Diikuti derbi Merseyside berdepan Everton di Goodison Park.