UFC 229: Khabib Mudah Jinakkan McGregor, Pertahan Tali Pegang Lightweight

Khabib Nurmagomedov meneruskan rekod sempurnya dalam UFC apabila mudah menewaskan pencabar, Connor McGregor pada pusingan ke-4 menerusi ‘rear-naked choke’.

Pertarungan merebut tali pinggang Lightweight tersebut merupakan ‘Main Event’ bagi UFC 229 dan ia nyata tidak mengecewakan.

McGregor dibelasah teruk Khabib sepanjang pertarungan

Seperti dijangka, Khabib menggunakan kelebihan di lantai untuk menghukum McGregor sepanjang pertarungan berlangsung.

McGregor ditibai dengan teruk pada pusingan ke-2 tetapi berjaya menahan asakan sehingga loceng perlawanan dibunyikan. Namun begitu, McGregor tidak mempunyai tenaga lagi dan Khabib akhirnya berjaya menamatkan pertarungan pada pusingan ke-4 dengan teknik ‘rear-naked choke’ yang menjadi trademark Khabib buat sekian lama.

Dengan kemenangan ini, Khabib mempertahankan tali pinggang yang dimenanginya pada April lalu selepas menewaskan Al Iaquinta. Khabib kini mempunyai 26 kemenangan dalam kariernya tanpa sebarang kekalahan dengan 11 daripadanya datang ketika bertarung dalam UFC.

Detik terakhir McGregor pada pusingan ke-4 sebelum mengaku kalah

McGregor pula membuat kemunculan pertamanya di gelanggang octagon UFC semenjak November 2016 dimana pada ketika itu, beliau berjaya memenangi tali pinggang ‘Lightweight’ selepas menewaskan Eddie Alvarez.

Namun begitu, McGregor mengambil keputusan untuk tidak bertarung buat seketika kerana ingin meluangkan lebih masa bersama keluarga dan projek ‘tinju’ beliau bersama Floyd Mayweather. Keadaan ini memaksa UFC melucutkan tali pinggang kejuaraan yang dipegangnya.

Dengan kekalahan ini, McGregor kini memiliki 3 kekalahan dari 24 pertarungan yang mana 2 daripadanya datang ketika bertarung di UFC.

Namun apa yang mencemarkan pertarungan ini adalah pergaduhan yang meletus selepas pertarungan tamat. Khabib yang baru sahaja menewaskan McGregor, meluru laju ke arah kem McGregor bagaikan harimau kelaparan untuk mencari rakan McGregor, Dillian.

Beliau memanjat pagar Octagon dan berjaya turun ke tempat penonton namun sempat dipegang pegawai keselamatan. Kekecohan meletus dengan pasukan kejurulatihan dari kedua-dua kem dilihat saling tumbuk menumbuk.

https://streamable.com/mzxwt

Lebih memeranjatkan, dua rakan baik Khabib masuk ke dalam Octagon dan menyerang McGregor yang masih lagi berada dalam keletihan. Mujur pegawai keselematan cepat bertindak untuk menyelamatkan McGregor dari terus diserang.

Upacara mengumumkan pemenang tidak dapat dilakukan kerana kekecohan tersebut dan kedua-dua petarung diminta meninggalkan Octagon bagi menenangkan keadaaan. Presiden UFC, Dana White dirakam berkata beliau enggan melilit tali pinggang Lightweight ke pinggang Khabib kerana khuatir keadaan mungkin menjadi lebih kecoh memandangkan venue pertarungan itu dipenuhi dengan penyokong McGregor yang datang dari Ireland.

Dua individu dirakam menyerang McGregor dari belakang
BACA:  Dana White: Khabib & McGregor Akan Bertarung Sekali Lagi Pada Tahun 2019