UFC 249: Khabib Panas Sampai Sepak Keluar Tali Pinggang Kejuaraan Ferguson

Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson melalui satu sidang media pengenalan yang panas di Las Vegas.

Kedua fighter itu akan dipertemukan dalam satu perlawanan di UFC 249 dan bakal menjanjikan satu perlawanan yang cukup menarik.

Kedua-duanya sebelum ini pernah diatur untuk bertarung sebanyak empat kali, namun tidak menjadi kenyataan kerana pelbagai alasan.

Namun kali ini ia akan menjadi kenyataan dan kedua-duanya akan bertemu dalam satu pertarungan di New York pada 18 April hadapan.

Khabib mempertaruhkan banyak perkara dalam pertemuan menentang Ferguson pada bulan hadapan.

Fighter dari Rusia itu telah menang semua 28 pertarungan MMA dan merupakan juara UFC Lightweight.

Ferguson pula adalah bekas juara dan merupakan pemegang tali pinggang kejuaraan pada Oktober 2017.

Namun walaupun gelaran tali pinggang itu dilucutkan atas sebab kecederaan yang menimpanya, Ferguson tetap membawa tali pinggang lamanya ke sidang media semalam.

Ia menyebabkan ketegangan berlaku ketika kedua-duanya diperkenalkan dalam sidang media tersebut.

Ferguson meletakkan tali pinggangnya ke lantai dan mulai bertikam lidah seolah-olah mencabar Khabib.

Khabib tidak berdiam diri dan turut menjawab Ferguson kembali sebelum bertindak menyepak keluar tali pinggang lama milik Ferguson

Khabib jelas hilang sabar dalam situasi tersebut, tetapi Ferguson jelas tidak peduli dengan tindakan bakal lawannya itu.

Sebaliknya Ferguson kelihatan bangga kerana berjaya mengumpan Khabib menunjukkan kemarahannya.

Kedua-duanya terus saling bertikam lidah sepanjang sidang media diadakan.

Khabib menggelar Ferguson ‘si cermin mata hitam’ dan percaya akan membelasah Ferguson jika bergaduh di jalanan.

“Kamu sedang dalam keadaan kemarahan khabib”

Kata Ferguson sambil mengejek Khabib

“Tentu saja saya marah, kamu penipu, kamu itu memang penipu!.”

Jawab Khabib menjelaskan kenapa beliau menjadi marah.

Ferguson pula mengejek berat badan Khabib, dan menggelar lawannya itu gemuk dan mempunyai saiz yang sama dengan Daniel Cormier.

Khabib walaupun seperti amat menyampah dengan Ferguson, tetapi tetap menghormati kebolehan lawannya itu.

“Kenapa orang benci Ferguson? Itu kerana dia seorang lelaki bodoh. Tidak ada orang boleh memahami beliau. Jujur saya katakan dia sememangnya tampak bodoh,”

“Tetapi dia adalah seorang petarung yang sangat baik. Saya menghormati kebolehan beliau. Kerana itulah dia berada di sini,”

Kata Khabib tentang lawannya. Nampak Khabib masih memuji walau dibodohkannya kawan tu.

Perlawanan antara mereka berdua pastinya akan menyajikan aksi-aksi menarik. Siapakah bakal pemenangnya? Sama-sama kita nantikan.

BACA:  UFC 254: Khabib Nurmagomedov Tidak Terkalahkan, Gaethje Lemas Dikepit