UFC 249: Video Promo Khabib VS Ferguson Yang Hebat

Bahang untuk menunggu aksi dari PPV UFC 249 kian dirasai kini. Peminat MMA di seluruh dunia sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan hebat bakal disajikan oleh para Fighter.

Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson sudah dijadualkan akan bertarung di UFC 249. Mereka sebelum ini sudah empat kali diatur untuk bertemu namun tidak pernah terjadi.

Banyak halangan terjadi yang menggagalkan usaha untuk mempertemukan dua fighter hebat ini. Namun kini tinggal menanti detik waktu untuk kita saksikan perlawanan paling diimpikan ini berlangsung.

Sama ada disebabkan kecederaan atau isu berat badan, pertarungan  yang dijadualkan pada tahun 2015  ini tidak pernah berjaya dilaksanakan.

Sepertinya peminat sudah penat untuk menantikan perlawanan ini berlaku dan ramai yang menganggap pembinaan perlawanan mereka berdua adalah yang paling teruk dalam sejarah UFC.

Tetapi kini para peminat sudah boleh melupakan sejarah buruk itu kerana pertemuan kedua fighter hebat ini sudah pasti akan berlangsung.

Pada 18 April 2020 ini akan menemukan mereka berdua. Khabib turun untuk mempertahankan rekod 28 kemenangan tanpa kekalahan beliau untuk menentang Ferguson.

Untuk Ferguson pula beliau akan berhadapan dengan khabib dengan rekod 25 kemenangan dan tiga tewas. Mereka berdua akan bertemu di UFC 249 yang akan dilangsungkan di New York Barclays Center.

Disamping penantian berpanjangan para peminat menantikan aksi mereka berdua berlangsung, Pihak UFC telah mengeluarkan Video promo pertama tentang perlawanan ini.

Bertemakan lagu “its a nice day to start again”, babak video promo ini dimulakan dengan Khabib bercakap mengenai bertapa pentingnya kemenangan beliau menentang Ferguson untuk kariernya.

” Saya tidak pernah tewas, Juara undisputed Lightweight, 28-0. Saya menumbangkan setiap seorang lawan saya, tidak siapa pon pernah untuk mengalahkan saya, saya berada di tahap yang berbeza dan mereka semua tahu itu. Walaupun saya telah menewaskan Laquinta, Conor, Poirier untuk legacy saya, Tony Ferguson harus ditewaskan.”

Salah satu sebab kenapa Khabib Nurmagomedov menolak tawaran untuk rematch dengan Conor McGregor adalah kerana beliau merasakan pertarungan itu tidak membawa kepentingan kepada legasi. Sebaliknya hanya lebih kepada motif peribadi dan membuat duit.

Kedua fighter ini diakui antara yang terhebat masa kini. Khabib adalah penyandang kejuaraan dan masih kekal tidak terkalahkan. Ferguson pula sekarang sedang melalui kejayaan cemerlang dengan 12 kemenangan berturut-turut.

Video tersebut memaparkan beberapa pertarungan penting melibatkan Khabib Nurmagomedov dengan Tony Ferguson.

Hebat bukan? Pastinya semua yang menonton promo ini rasa tidak sabar untuk menyaksikan aksi perlawanan dua fighter terhebat itu.

“Perlawanan ini sepatutnya sudah berlangsung dahulu. Tetapi saya tetap berbangga ia terjadi sekarang kerana penantian yang lama itu membuatkan perlawanan ini akan menjadi lebih menarik.”

Kata Ferguson ketika menyaksikan video promo ini.

Bagi pihak Ferguson pula, beliau menganggap bahawa dirinya harus memberikan yang terbaik untuk menewaskan Khabib, terutama kerana beliau sudah terlalu lama menantikan waktu untuk bertanding dalam perebutan Sabuk kejuaraan.

“Saya telah bersedia untuk menantikan perlawanan ini sejak bertahun lama dahulu. Jadi saya harus lakukan sesuatu yang berbaloi untuk penantian itu. Saya akan memenangi tali pinggang itu! Sudah lama saya nantikan saat ini.”

Khabib menegaskan bahawa beliau akan memenangi perlawanan itu sama seperti Ferguson. Jadi perlawanan ini sudah pastinya menjanjikan aksi yang dasyat dari kedua-dua fighter itu.

“Kami berdua mempunyai sejarah yang hebat, akhirnya kami bertemu dan saya akan tumpaskan dia dihadapan semua orang.”

Kata Khabib yang bertekad mahu menewaskan Ferguson

Dipenghujung video itu, pengacara UFC Joe Rogan ada menegaskan bahawa perlawanan dua fighter ini akan menjadi sejarah.

“pertarungan yang paling penting dan bakal menjadi perlawanan paling bersejarah untuk kategori Lightweight.”

Jika tiada halangan maka kurang dari lima minggu dari sekarang, kita semua bakal menyaksikan perlawanan paling bersejarah itu.

Adakah Khabib bakal mempertahankan rekod tidak terkalah beliau atau Ferguson bakal memecahkan rekod untuk menjadi manusia pertama menewaskan Khabib.

BACA:  Conor McGregor Kejutkan Dunia Apabila Mengumumkan Persaraan Dari MMA