UFC Dikritik Teruk Kerana Bayar Petarung Mereka Terlalu Ciput

Bekas Juara dunia UFC telah mengkritik organisasi tersebut dengan menyatakan yang petarung dari syarikat tersebut merupakan penerima gaji paling teruk berbanding semua sukan lain.

Beliau turut menegaskan yang sungguh memalukan untuk melihat bekas petarung UFC terpaksa bertarung dengan Youtuber sensasi hanya untuk mendapatkan duit.

Ben Askren telah ditewaskan dengan keputusan KO di tangan Jake Paul pada April lalu, sementara bekas Juara dunia UFC, Tyron Woodley akan berdepan dengan Youtuber itu pada penghujung Ogos ini.

Kedua-dua bekas petarung handalan dalam dunia seni bela diri campuran itu sememangnya memilih untuk bertarung dengan Paul kerana dijanjikan dengan pulangan yang lumayan.

Sementara itu, Juara UFC Heavyweight, Francis Ngannou turut bingung memikirkan apa yang berlaku pada kariernya selepas mendengar pulangan yang diterima oleh Paul ketika bertemu Mayweather sebelum ini.

Logan Paul menerima $14 juta ketika bertarung dengan Floyd Mayweather pada awal bulan lalu, sementara legenda boxing itu pula memperoleh $72 juta dari pertarungan pertunjukan itu.

Melihat kepada angka yang diterima oleh petarung yang berlawan dengan adik beradik Paul, Sean Sherk telah memberikan kritikan yang pedas terhadap UFC.

Bekas Juara kategori Lightweight UFC pada tahun 2006 hingga 2008 itu mengkritik nilai dan struktur gaji yang dibayar oleh organisasi tersebut kepada para petarung mereka.

Petarung dari Amerika itu mendedahkan yang tiada apa yang berubah selepas hampir sedekad beliau bersara dari UFC.

Beliau menganggap popularity para petarung yang bertarung di UFC sungguh mengagumkan, tetapi tidak dari segi bayaran yang mereka terima.

“Saya rasa UFC seharusnya berasa malu dengan kenyataan yang bekas Juara dunia mereka dan bekas bintang besar mereka terpaksa bertarung dengan Youtuber yang langsung tidak ada pengalaman tentang seni bela diri campuran, tetapi mendapat pulangan 10 kali ganda lebih lumayan berbanding apa yang mereka terima dari UFC.”

Tulis Sherk di laman Facebook miliknya.

“Saya sudah bersara selama lebih 10 tahun dan tidak ada apa pun yang berubah dengan UFC.”

“Petarung UFC masih lagi menerima pendapatan yang paling teruk di pentas yang besar seperti ini. Percaya pada saya, saya ada kisah saya sendiri juga.”

Dana White walau bagaimanapun mempertahankan struktur gaji yang beliau berikan, dan menganggap nilai yang kononnya diterima dari pertarungan dengan adik beradik Paul hanyalah palsu semata-mata.

Jake Paul bagaimanapun tidak berhenti menghentam Presiden UFC itu terhadap kadar bayaran yang diberikan kepada petarung.

“Sentiasa berkembang, terus maju, itulah cara untuk menunjukkan yang para petarung seharusnya dibayar lebih.”

Jelas Paul.

“Ia tidak adil. Petarung UFC tidak menerima bayaran yang adil. Dari kesemua sukan di dunia, peratusan yang diterima oleh atlet berbanding pemilik, mereka paling teruk.”

“Francis Ngannou vs Jon Jones, pertarungan itu sepatutnya dapat lebih. Dana White beri mereka $10 juta. Dia ambil duit mereka. Mereka yang bekerja.”

“Mereka yang masuk ke gelanggang, mereka yang mempertaruhkan nyawa,”

Beliau dalam kenyataannya turut mengkritik kebajikkan UFC yang tidak membayar petarung walau petarung sudah ditimpa musibah seperti apa yang berlaku pada Chris Weidman sebelum ini.

Dana White mungkin ada alasan beliau sendiri tentang bayaran yang beliau tawarkan kepada para petarung yang bertarung di bawah jenama UFC.

Sepertinya bayaran yang diberikan juga sudah sangat lumayan berbanding sukan lain. Apa yang pasti, adik beradik Paul hanya mampu meraih pendapatan yang banyak sekiranya mereka bertarung dengan individu terkenal.

Lihat berapa yang mereka terima ketika pertarungan antara Logan Paul bertemu KSI sebelum ini? Bandingkan dengan nilai yang beliau terima ketika bertarung dengan Mayweather.

Ia jelas akan ada perbezaan memandangkan individu yang beliau lawan ada nama dan membawa jenama yang besar, dan kerana itulah boleh mendatangkan pulangan yang lumayan.

BACA:  UFC 232 Terpaksa Dipindahkan Ke California Selepas Jon Jones Positif Dadah Sekali Lagi