UFC: Khabib Mahu ‘Bertinju’ Dengan Floyd Mayweather

Juara divisyen ‘Lightweight’ UFC, Khabib Nurmagomedov mencabar Floyd Mayweather untuk bertinju dengannya, sambil berkata ‘dalam hutan hanya ada satu raja’.

Khabib melebarkan rekod tanpa kalah beliau dalam karier profesionalnya kepada 27-0 selepas menumpaskan pencabar, Conor McGregor pada pusingan ke-4 menerusi ‘rear-naked choke’.

Hanya seorang raja dalam hutan. Ayuh Floyd, mari kita beradu tenaga !

Namun begitu, pertarungan tersebut dicemari dengan insiden pergaduhan antara Khabib dan pasukan McGregor selepas tamat pertarungan. Akibatnya, Nevada Athletic Commision (NSAC) masih lagi memegang duit kemenangan Khabib bernilai $2 juta sementara menunggu keputusan siasatan penuh.

Buat masa sekarang, Khabib dan McGregor masing-masing digantung dari menyertai sebarang pertarungan oleh NAC sementara menunggu siasatan penuh.

Berbalik kepada Mayweather, beliau merupakan petinju tersohor dunia dan memiliki rekod sempurna dimana beliau tidak pernah kalah sepanjang kariernya. Mayweather memiliki rekod 50-0 dengan pertarungan terakhirnya adalah menentang Conor McGregor di Las Vegas tahun lepas.

Money talks. Pertarungan sarkas ini berjaya mengaut keuntungan yang banyak buat Mayweather dan McGregor

Pertarungan tinju antara Mayweather dan McGregor dianggap pertarungan tinju termahal dalam sejarah dengan kedua-dua petinju membawa pulang hasil yang lumayan. McGregor dilaporkan menerima $30 juta daripada pertarungan itu sahaja walaupun tewas pada pusingan ke-10 di tangan Mayweather. Mayweather pula hanya mampu tersenyum kerana dapat membwa pulang $100 juta menentang petinju yang belum pernah bertinju secara profesional sebelum ini.

Jadi tidak hairanlah apabila kita melihat petinju dari pelbagai latar belakang cuba mendapatkan perhatian Mayweather untuk berada dalam satu gelanggang.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh CEO Mayweather, Leonardo Ellerbe, Khabib dipetik berkata beliau mahu bertarung dengan Mayweather kerana masing-masing mempunyai rekod tanpa kalah sepanjang karier.

“Ayuh Floyd. Kita harus bertarung sekarang. 50-0 lawan 27-0. Kita merupakan dua individu yang tidak pernah tewas. Tetapi dalam hutan, hanya ada satu raja sahaja.”

“Sudah tentu, saya adalah raja kerana Floyd tidak mampu menjatuhakn McGregor tetapi saya dengan mudah dapat melakukannya. Ayuh Floyd !”

Jika dilihat pada pertarungan tinju antara Mayweather-McGregor tahun lepas, Mayweather cuba melengahkan-lengahkan masa pertarungan dengan ‘bermain’ dengan McGregor sehingga pusingan ke-10. Pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan kerana McGregor sudah terhuyung-hayang dan tidak lagi mempunyai stamina untuk bertarung.

Walau bagaimanapun, Khabib mungkin sedikit terlambat untuk bertarung dengan Mayweather kerana petinju legenda itu berhasrat untuk keluar dari persaraan untuk bertinju sekali lagi dengan seteru utamanya, Manny Pacquiao.

BACA:  Abdu Rozik Anggap Hasbulla Pengecut Kerana Pukul Curi