UFC News: McGregor Mendermakan $1 Juta Kepada Sebuah Yayasan Amal

Conor McGregor mendapat pujian atas jasa kebaikkan beliau yang telah menyumbangkan dana berjumlah $1 juta kepada Tunnel To Towers Foundation.

McGregor secara rasminya telah mengeluarkan dana bernilai $1 juta melalui syarikat Whisky miliknya kepada sebuah yayasan yang telah diasaskan oleh Frank Siller.

Frank Siller adalah adik kepada Stephen Siller seorang responden pertama yang telah terkorban dalam serangan yang berlaku di World Trade Centre.

McGregor dalam satu kenyataannya telah mengatakan:

“Responden pertama yang memberi perhatian kepada sesuatu bencana itu adalah penyelamat kehidupan yang sebenar. Mereka adalah yang pertama tiba untuk memberi bantuan ketika berlaku kecemasan”.

Pengasas serta CEO yayasan Tunnel To Towers, Siller menyatakan bahawa sumbangan yang diberikan oleh McGregor sangat luar biasa. Beliau turut menghantar pesanan peribadi kepada fighter UFC itu dengan mengatakan.

“Conor, awak bakal memberi perubahan kepada kehidupan seorang pewira hebat dan keluarga yang mereka tinggalkan.”

“Kamu telah memberitahu mereka bahawa ada orang yang peduli, Amerika pedulikan mereka. Dan, Sekiranya seseorang wira itu keluar dari rumah serta memberi ciuman perpisahan kepada keluarganya lalu tidak pernah pulang kembali, kamu telah memberitahu mereka bahawa keluarga mereka akan terbela.”

Siller ditanya, menurutnya kenapa bintang global seperti McGregor sanggup mendermakan dana yang begitu banyak kepada yayasannya.

Siller menjawab :

“Pertama sekali, McGregor terdengar kisah tentang abang saya seorang Bomba yang penuh semangat juang serta keberanian luar biasa telah mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Orang lain.”

“Masuk kedalam gelanggang UFC sudah pastinya mempunyai risiko yang besar, tetapi menurut Conor McGregor, hero sebenar adalah seorang yang sanggup mengorbakan hidupnya demi kehidupan orang lain seperti kamu dan saya sendiri.”

Tujuan utama yayasan ini ditubuhkan adalah untuk membantu dan membela nasib keluarga responden pertama yang terkorban ketika menjalankan tugas. Terutama kepada mereka yang memiliki anak kecil.

Matlamat yayasan ini pula adalah untuk memastikan kestabilan dan keselamatan kepada Responden pertama yang terkorban.

Yayasan ini menjangkakan bakal menyediakan 250 rumah percuma untuk keluarga responden pertama yang terkorban dan memiliki anak kecil serta kepada responden pertama yang mengalami kecacatan kekal akibat tugasan menjelang penghujung tahun 2020 ini.

Begitulah kisah McGregor yang telah mendermakan sejumlah dana yang besar untuk sebuah yayasan yang membela nasib keluarga kepada pejuang yang sanggup berkorban untuk negara.

Disebalik kehebatannya di dalam gelanggang UFC, McGregor juga seorang dermawan yang tidak pernah melupakan golongan yang memerlukan.

BACA:  Kenali Rakan Khabib Berbaju Merah Yang Menyerang McGregor Di Dalam Octagon