Ulat Tiket Vietnam Lagi Setan Dan Yahudi

Di Malaysia setiap kali perlawanan akhir melibatkan sukan bola sepak maka isu tiket dan ulat tiket akan kedengaran serta laungan boikot gemakan dengan sepenuh hati, namun ulat masih steady seperti biasa.

Ulat wujud seperti biasa, walaupun desakan dibuat untuk menghapuskan gejala ulat tiket ini seperti tiada kesan dan terus membiak. Final pertama Piala AFF Suzuki tidak terkecuali buat ulat tiket.

Tiket yang pada asalnya berharga RM40 dijual sehingga rm250-RM500 yang harga melebihi harga syiling seekor ulat yang biasanya pada harga RM70-RM100 yang sudah berada di tahap setan, yahudi dan iblis.

Namun ulat tiket Vietnam sememangnya lagi Setan, Yahudi dan Iblis. Harga tiket di perlawanan akhir kedua yang bakal berlangsung di Stadium Nasional My Dinh adalah RM36 tetapi ulat tiket jual mencecah AS$400 atau RM1,673 je.

Lebih power adalah kapasiti stadium Nasional My Dinh adalah sekitar 40,000 orang dan hanya 16,000 saja tiket dijual kepada penyokong dan bakinya diedarkan kepada penaja, syarikat korporat dan ahli gabungan mereka.

Sebanyak 16,000 yang dijual itu hanya menerusi online tiada kaunter dibuka di stadium. Baki 24,000 adalah untuk diagihkan kepada kroni tidak pasti akan dijual kepada penyokong kembali atau untuk saudara mara.

Populasi penduduk Vietnam pada 2017 adalah sebanyak 95.5 juta dan 16 ribu sahaja tiket dijual.

Sumber : Berita Harian

Baca Juga

Baca Juga