Ultras Croatia akan membuat kacau untuk singkirkan pasukan sendiri

Setelah insiden membaling flare dan mercun ke padang ketika menentang Republik Czech, kini penyokong Ultras Croatia bertekad mahu mencetuskan satu lagi kekacauan menjelang perlawanan pasukan mereka bertemu Sepanyol nanti.

Sasaran utama ultras Croatia adalah untuk menjatuhkan regim presiden persatuan bola sepak Croatia, HNS, Davor Suker dan timbalannya, Zdravko Mamic yang kini dikatakan sedang melakukan penyelewengan dalam HNS.

Dalam rekod, ultras Croatia juga pernah membakar swastika di dalam padang ketika perlawanan kelayakan Euro menentang Itali.

Untuk perlawnan menentang Sepanyol di Bordeaux, kumpulan ultras ini telah memuatnaik tempat sasaran serangan mereka di facebook, seperti di bawah :

Croatian-ultras-stadium-plan
Rancangan serangan menentang Sepanyol

Dan gambar ini pula adalah plan rancangan mereka ketika menentang Republik Czech tempoh hari di St. Etienne.

Croatian-ultras-Saint-Etienne-trouble-stadium-plan

Seorang pemain Croatia, Ivan Perisic yang menjaringkan gol ketika menentang Czech minggu lepas berkata,”Lagi baik kalau kami terus tak main.”

Baca Juga

Baca Juga