Umtiti Diserang Penyokong Barcelona Yang Kurang Ajar

Samuel Umtiti terpaksa berhadapan dengan peminat selepas sesi latihan terbaru Barcelona, bunyi seperti normal tetapi yang dihadapi Umtiti ini adalah penyokong yang kurang ajar dah macam satu serangan.

Beberapa orang pemain Barca diburu penyokong ketika mereka cuba meninggalkan tempat latihan hari ini dan perkara ini seperti satu rutin buat peminat dan idola mereka.

Samuel Umtiti adalah salah seorang pemain itu, dengan peminat berdiri di hadapan keretanya dan dilaporkan cuba membuka serta naik keatas butnya.

Pemain pertahanan itu nyata tidak kagum dengan tingkah laku penyokong dan mengacah-ngacah cuba melanggar bagi menghalau peminat tersebut.

Namun selepas memecut laju, Umtiti menghentikan keretanya dan terus turun dari kereta untuk mengagap peminat yang melampau dan kurang ajar.

Kali ini Umtiti mahu suaranya didengari dan membuatkan peminat yang biadap dan kurang ajar cuak serta menggelebah.

Umtiti mendekati peminat dan berkata:

“Kemarilah. Adakah anda membayar untuk kereta? Kenapa awak kacau? Adakah kamu tahu apa itu hormat?”

Mereke kemudian cuba menjadi bodoh menghulurkan jersi untuk ditandatangan serta cuba bergambar dan berselfie dengan umtiti.

Entah apa yang mereka mahukan, jika sekadar mahu bergambar dan tandatangan tak perlu kurang ajar dan agresif dengan serangan seperti itu.

Nasib baik Umtiti tidak mengamuk dan menghentak sekor-sekor yang jelas nampak cuak tetapi apa yang cuba disampaikan Umtiti dibalas dengan cara yang penuh hormat dan bukannya agresif.

Pemain seharusnya boleh meninggalkan stadium dan tempat latihan dengan selamat dan tanpa risiko meletakkan penyokong dalam bahaya.

Akhirnya, adalah tidak selamat untuk pemain dipaksa berhenti dan keluar dari kereta mereka, dan ini bukan kali pertama pemain Barcelona menghadapi masalah meninggalkan masalah dan penderaan di padang latihan.

Samuel Yves Umtiti merupakan seorang peman bola sepak berbangsa Perancis yang bermain di posisi pemain pertahanan tengah untuk Barcelona dan pasukan kebangsaan Perancis.

Dia memulakan karier professionalnya bersama Lyon pada 2012, memenangi Coupe de France dan Trophee des Champions pada tahun yang sama. Dia bermain sebanyak 170 perlawanan dan jaringkan tiga gol sebelum berpindah ke Barcelona dengan nilai €25 juta (Rm118 juta) pada musim panas 2016.

Pada awal kemunculannya bersama Barcelona di zaman MSN – Messi Suarez Neymar, dalam 16 perlawanan yang Umtiti bermain, Barcelona menang setiap perlawanan, manakala ketika ketiadaannya, Barcelona hanya menang dalam dua daripada sebelas perlawanan.

Untuk mengangkat lagi Umtiti ni, kita rujuk kembali prestasi kelab lamanya- Olympique Lyon. Bersama Umtiti, Lyon menang 67.9 peratus perlawanan, dan hanya menang 18.1 peratus perlawanan tanpanya.

Samuel Umtiti juga pemenang Piala Dunia 2018 dan sebelum itu pernah menjadi juara dalam kejohanan Piala Dunia b20 selepas menewaskan Uruguay melalui penentuan sepakan penalti. Paul Pogba merupakan kapten pasukan dan menjadi pemain terbaik di kejohanan tersebut.

Dizaman kegemilangan semuanya indah, Samuel Umtiti merupakan antara pemain Barcelona yang tak mahu meninggalkan kelab secara percuma pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Umtiti yang pernah memenangi gelaran Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Perancis pada tahun 2018 yang lalu itu, mahu meyakinkan Koeman yang beliau cukup bagus untuk bermain bersama kelab.

Pemain pertahanan juga dilaporkan telah menjalani latihan bersama jurulatih peribadi sepanjang musim panas ini, untuk memastikan dirinya kembali cergas sepanjang musim baharu nanti.

Peminat juga telah mengejek dan Umtiti diboo apabila dimasukkan dalam perlawanan Joan Gamper menentang Juventus ketika diawal musim.

Ekoran dari insiden tersebut, Samuel Umtiti yang merasa kecewa tidak ikut sama ketika sesi penyampaian hadiah dan menjulang Piala.

Para pemain Barcelona meraikan kejayaan mereka menjulang Piala tersebut, namun langsung tiada kelibat Umtiti sepanjang keraian itu.

Menurut penulis Sepanyol, Josep Soldado, Umtiti berasa sangat kecewa dengan situasi tersebut dan beliau terus kembali ke bilik persalinan selepas wisel penamat dibunyikan.

Kini Barcelona sudah dibawah Xavi dan mungkin nasib Umtiti akan menjadi lebih baik atau akan terus disisihkan.

BACA:  Neymar Hantar Peguam Dan Dana Bantu Dani Alves Keluar Penjara