Unai Emery: VAR Diperlukan Untuk Membantu Wasit, Arsenal Datang Untuk Menimba Pengalaman

Selepas tamat perlawanan kekalahan (malu nak sebut) Arsenal di tangan Liverpool. Loki memberikan penilaian beliau. Jelas sekali Kanda Loki mengambil jalan selamat tentang komen beliau berkenaan aksi Mo Salah yang dituduh terjun.

Selain itu, Unai Emery seperti menganggap lawatan ke Anfield sebagai lawatan sambil belajar seperti budak SPM, selepas kalah 5-1. Dan menurut pengamatan Emery, pasukannya tak adalah teruk sangat seperti digambarkan puak heater. Ini komen Unai Loki Emery:

via GIPHY

“Selamat malam semua chor, ye mungkinlah kot. Keputusan ini salah satu sebab kamu yang memberitahu kami misi kami dalam perlawanan ini kan?”

“Hmmmm… rasanya kitorang bermula sangat baik, namun selepas menjaringkan gol, Liverpool tetiba power dan mendesak kami di sini dan sana.”

“Mereka bermain dengan penuh kesungguhan dengan pemain mereka yang mampu meberikan perbezaan di dalam padang. Diorang menjaringkan 3 gol dengan cepat nak ampos. Itu yang buatkan kami sukar.”

“Kami sudah bercakap pasal benda ni di bilik persalinan, ianya satu pengalaman baru kami semua. Pengalaman buruk untuk kami pelajari daripadanya.”

“Pada separuh masa kedua, kitorang kena bangkit, cuba kekal dalam posisi seara individu serta berpasukan. Namun 2 gol terakhir, 2 penalti, gua rasa sangat sukar untuk kami.”

Adakah Penalti Liverpool itu meragukan?

Unai Emery enggan menyalahkan wasit dan berpendapat penalti itu mungkin meragukan. Lalu beliau merasakan VAR adalah solusi terbaik. Bijak kan Unai Emery ni? Sehensem rupanya. Dengan kenyataan seperti ini, FA England tak boleh denda dia kerana kritik pengadil. Kau apa tau.

“Masa ini, gua fikir VAR itu penting, dan ia akan diguna pakai musim depan. Bukan apa, VAR ni baguih nak tolong ref membuat keputusan lebih baik.”

Arsenal taklah teruk sangat

“Fokus kami adalah perlawanan Selasa ini. Kami tahu beza kami dan Liverpool tidak seperti yang tergambar pada keputusan hari ini.”

“Mungkin kami boleh ambil satu keseimbangan di antara seri dan keputusan hari ini. Banyak kerja nak buat ni terutama sekali part bertahan tu, kami tahu kami perlu lebih baik.”

Adakah Mo Salah jadi Leong Mun Yee?

Leong Mun Yee

“Keputusan dah jelas. Kami ambil positif benda daripada perlawanan ini, misalnya Ainsley main wing kanan dan skor. Iwobi selepas tak main beberapa perlawanan, hari ini main 90 minit dan bermain baik.”

“Namun secara bertahan, kami kena la lebih kuat, lebih bekerja lagi. Pertahanan kami ketika detik dalam kotak tu hmmm, gua akan ambil tanggunjawab ini dan kami perlukan lebih kestabilan.”

“Kami perlu kestabilan di tengah dan lebih serius dalam perlawanan Selesa ini, perlawanan besar tu woii kat Emirates. Kami kena tunjukkan kepada fans kami bahawa kami mahu bangkit selepas keputusan ini.”

Adakah Ozil injured?

Unai Emery tidak boleh memberikan penilaian lebih lengkap tentang kecederaan Ozil.

“Ya, di injured di lutut, tapi gua tak tau la inject tu besar ke kecil, tapi kat lutut dia la bro.”

BACA:  Liverpool Bantai Arsenal 5-1, Malam Penyokong Meriam Terasa Sakit Dikhianati