Undian Kumpulan Piala Malaysia 2018

Pada musim ini, seperti biasa sebanyak 16 pasukan bertanding dan dibahagikan kepada empat kumpulan. Kejohanan ini mempunyai nilai sejarah yang begitu tinggi sejak mula dipertandingkan pada tahun 1921.

Pasukan yang layak akan diundi diletakkan dalam 4 pot yang berbeza berdasarkan kedudukan mereka di Liga Super dan Perdana.

Pada mulanya Piala Malaysia dikenali sebagai Piala Malaya dan disertai oleh negeri-negeri Tanah Melayu ketika itu. Perlawanan pula melibatkan Juara Utara dan Juara Selatan.

Perlawanan akhir Piala Malaya yang pertama melibatkan pasukan Selangor dan pasukan Singapura yang diadakan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur (kini Dataran Merdeka) dan dimenangi oleh Singapura dengan jaringan 2-1.

Piala Malaya telah ditukar nama sebagai Piala HMS Malaya sempena nama sebuah kapal perang pada tahun 1933. Pegawai pemerintah kapal tersebut telah menyumbang sebuah piala untuk menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding.

Nama Piala HMS Malaya sekali lagi ditukar kepada Piala Malaysia pada tahun 1967 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

5.Pasukan paling banyak menjuarai Piala Malaysia ialah Selangor sebanyak 33 kali diikuti dengan pasukan Singapura sebanyak 24 kali.

Selepas tamat Liga Malaysia sebanyak 11 pasukan Liga Super dan 5 pasukan Liga Perdana telah melayakkam diri ke Piala Malaysia 2018.

Kelantan pasukan terakhir layak selepas berjaya memintas Negeri Sembilan untuk merungkah ke tangga ke-11 dengan menewaskan Pahang diperlawanan akhir Liga Super.

POT 1
Johor Darul Takzim
Perak
PKNS FC
Pahang

POT 2
Terengganu
Kedah
Melaka United
Selangor

POT 3
PKNP FC
Kuala Lumpur
Kelantan
Felda United

POT 4
Felcra FC
MIFA
PDRM
Sabah

Selepas undian dibuat maka inilah 4 kumpulan yang terdiri dari 4 pasukan.

Kumpulan A
Perak
Terengganu FC
Kuala Lumpur
Felcra FC

Kumpulan B
PKNS FC
Melaka United
Felda United
PDRM

Kumpulan C
Johor Darul Takzim
Kedah
Kelantan
MIFA

Kumpulan D
Pahang
Selangor
PKNP FC
Sabah

Baca Juga

Baca Juga