Undilah Gol Safawi Rasid Untuk Anugerah Gol Terbaik ACL 2019

Jaringan padu, indah, power dan cantik Safawi Rasid ketika menentang pasukan Shandong Lunen yang dibarisi pemain handalan seperti Marouane Fellaini dan Graziano Pelle telah tercalon untuk Anugerah Gol Terbaik ACL 2019.

Selepas 3 hari undian dibuka hampir satu juta undian telah dilakukan dan Safawi Rasid telah mendahului dengan 52% undian diikuti rapat oleh Shojae Khalilzadeh dengan gol lipat dengan 44% undian.

Inilah kedudukan undian ketika berita ini ditulis.

Safawi Rasid mencatat nama sebagai pemain kelahiran Malaysia pertama menjaringkan gol di AFC Champions League. Gol tersebut bukan jaringan biasa tetapi sangat padu dan cantik persis gerakan gol Arjen Robben.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mendapat bola ketika berada disebelah kanan padang lalu membawa bola dengan melakukan potongan ke dalam menewaskan pemain Shandong Lunen.

Selepas berjaya lepas, Safawi terus melakukan rembatan lencong dengan kaki kiri dari luar kotak penalti dan bola cantik serta indah masuk ke bucu kiri gawang.

Dengan gol padu ini maka tidak hairanlan pemain Real Madrid, Marco Asensio mendapat jolokan Safawi Spain.

Safawi Rasid telah disenarai bersama 9 pemain lain untuk Anugerah Gol Terbaik ACL 2019 yang mana pemenang dipilih berdasarkan undian yang dilakukan oleh penyokong.

Ketik sini untuk mengundi.

Ini merupakan 10 senarai nama calon yang terpilih :

1. Islom Tukhtakhujaev

2. Gonzalo Viera

3. Serginho

4. Safawi Rasid

5. Shojae Khalilzadeh

6. Khojiakbar Alijonov

7. Kim Dae-won

8. Romarinho

9. Khalid Muneer

10. Fabricio

Baca Juga

Baca Juga