United Ikat Tepi Pedro Selasa ini?

MANCHESTER United akhirnya mendapat lampu hijau daripada Barcelona bagi mendapatkan penyerangnya, Pedro musim ini.
Bagaimanapun United perlu menunggu sehingga kelab Sepanyol berkenaan selesai menentang Sevilla dalam saingan Piala Super Eropah, Selasa depan.
firo Fußball, Fussball: Saison 2012/2013   20.08.2012 Primera division FC Barcelona Portrait Pedro Rodriguez
Pedro, kehilangan tempatnya di Barcelona setelah ketibaan Neymar dan Suarez

Dan ini menyebabkan hasrat United untuk membawa Pedro menjelang pertemuan hujung minggu ini menentang Tottenham Spurs tidak kesampaian.

Difahamkan, kelab gergasi England itu perlu menebus kontrak Pedro yang bernilai £22 juta (RM133 juta) untuk membawa pemain berkenaan ke Old Trafford.
Dengan perbelanjaan itu, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan yang dikeluarkan United pada musim ini untuk mendapatkan pemain baru adalah sebanyak £100 juta (RM608 juta).
Usaha untuk mengikat Pedro sedang giat dilakukan selepas United melepaskan Angel Di Maria ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan yuran perpindahan sebanyak £45 juta (RM273 juta).
Sumber : Sinar Harian

Baca Juga

Baca Juga