United Menang Dengan Bergaya

United sebelah West Ham berjaya menang bergaya ke atas United sebelah Manchester.

Manchester United kalah bermaruah sekali lagi dalam saingan EPL yang penuh dengan keputusan pengadil kontroversi.

Pengadil sekali lagi tidak memihak Manchester United di mana pengadil dan VAR dengan tanpa rasa bersalah memberikan penalti kepada West Ham sedangkan De Ligt mendakwa pemain West Ham melakukan simulasi.

Tidak hairanlah penyokong Man United meroyan menyalahkan pengadil punca kekalahan mereka.

West Ham di hadapan menerusi Summerville minit ke-74. Namun semangat juang Man United berjaya menemui sentuhan gol penyamaan menerusi Casemiro pada minit ke-81.

Sebelum itu, Dalot sempat melakukan miss of the season di EPL. Alan Shearer malah menganggap itu miss sepanjang zaman yang orang akan bercakap tentanggnya untuk tempoh yang lama.

Di mana dia gagal menolak masuk ke kawasan gawang yang sudah tidak ada penjaga gol.

West Ham kemudian mendapat penalti daripada keadaan yang benar benar meragukan. Jarrod Bowen menyempurnakan penalti tersebut. Dan West Ham menang 2-1.

Erik Ten Hag menggelengkan kepalanya ketika wisel penamat ditiup. Dia mungkin mempersoalkan tentang mutu pengadilan.

Man United kalah kesemua 3 kunjungan dalam 3 musim berturut turut ke West Ham.

Kini masa depan Ten Hag menjadi tanda tanya. Adakah dia akan terus kekal?

BACA:  1992-2021: Tujuh Center Forward Paling Agung Manchester United. Siapakah Yang Terbaik?