V. Sundramoorthy dari FC Basel Ke Kedah Untuk Mendakap Piala Malaysia

Ketua jurulatih Singapura Varadaraju Sundramoorthy atau lebih dikenali V. Sundramoorthy atau nama manjanya Sundra mungkin ramai mengenalinya sebagai jurulatih berbanding kariernya sebagai pemain yang layak menobatkan beliau sebagai antara lagenda bola sepak Singapura.

Kerjaya Sebagai Pemain

Memulakan kariernya bersama pasukan Singapura pada usia 18 tahun yang ketika itu beraksi di Piala Malaysia pada 1983 sehinggalah tahun 1987. Setahun selepas membuat kemunculan bersama Singapura Sundra muncul penjaring terbanyak Piala Malaysia.

Pada tahun 1988 Sundra berhijrah ke Switzerland untuk beraksi bersama FC Basel selama satu musim (musim 1988/89) menyaksikan FB Basel ketika itu telah tersingkir ke liga bawah. Kerjayanya di sana tidak indah seperti Fandi Ahmad bersama FC Groningen.

v-sundra

Selepas satu musim di FC Basel, Sundra sempat membuat 5 penampilan dan 3 gol. Sundra kemudian menyertai Kedah pada 1989 dan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1990 Sundra membantu Kedah menewaskan Singapura 3-1 sekaligus merangkul Piala Malaysia dan lebih manis Sundra menjaringkan gol pembukaan Kedah.

Sundra terkenal sebagai pemain yang mempunyai kemahiran menggelecek yang power dan penyudah yang padu. Sundra boleh bermain di bahagian tengah dan juga sebagai seorang penyerang.

Kecemerlangan Kedah dalam Piala Malaysia sudah bermula dari tahun 1987 lagi, di mana tiga tahun berturut-turut mereka layak ke final Piala Malaysia tapi dikecewakan oleh Kuala Lumpur.

Waktu itu bolasepak Kedah diterajui oleh bapa pembangunan bolasepak mereka iaitu Allahyarham Dato Ahmad Basri Akil.

Pada tahun 1990, Kedah menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali dalam sejarah pasukan Kedah

Pemain dan Juga Jurulatih Pertama Di Singapura

Selepas beraksi bersama Kedah, Sundra telah bermain bersama beberapa pasukan lain iaitu Pahang (1991–1992), Singapore (1992–1993), Kelantan (1994), Woodlands Wellington (1995–1997), Jurong FC (1998–2003).

Pada tahun 1999 Sundra dilantik sebagai pemain dan juga jurulatih di Jurong FC menjadikan Sundra orang pertama yang menjadi pemain dan juga jurulatih dalam sejarah Liga S. Pada 2003 Sundra meninggalkan Jurong dan menjadi jurulatih NFA U-18 (2004–2007).

sundra-dan-fandi

Kemudian Sundra terus mengembangkan kariernya sebagai jurulatih bersama Young Lions (2007–2010), LionsXII (2012–2013), Singapore (2013, caretaker coach), Negeri Sembilan (2014) dan Tampines Rovers (2014–2016).

Bersama LionsXII, Sundra berjaya membawa pasukan Dua Belas Singa merangkul Liga Super Malaysia pada 2013. Pada bulan Mei 2016 Sundra telah dilantik sebagai Ketua Jurlatih Singapura dan kini membawa Singapura bersaing di kejohanan Piala AFF.

Semasa zaman kemuncaknya sebagai pemain, Sundra digelar ‘The Dazzler’ dan mendapat gelarang ‘King Cobra’ semasa menjadi pemain dan jurlatih di Jurong FC. Sundra juga mempunyai sebuah biography yang bertajuk ‘The Dazzler’.

Gol Terbaik Dari V.Sundramoorthy

Gol yang popular, Tendangan Basikal dari Sundra ketika perlawanan menetang Brunei pada tahun 1993 di Liga FAM Divisyen 2.

Baca Juga

Baca Juga