Valentino Rossi Terpaku Dan Terkejut Melihat Aksi Mat Rempit

Juara Dunia Moto GP Valentino Rossi nyata terkejut lalu terkentut apabila melihat aksi Mat Rempit di jalanan semasa membuat kunjungun ke Malaysia. Perkara ini diceritakan oleh Sharol Yuzy dalam satu forum keselamatan jalanraya “Pusara di Jalanraya: Sampai bila?.”

Pelumba lagenda motosikal Malaysia, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata juara dunia 9 kali itu telah terserempak dengan kumpulan Mat Rempit dan terkejut dengan aksi berani mati Mat Rempit di jalan raya.

sahrol-yuzy
Yuzy yang paling rendah

Shahrol Yuzi menceritakan kembali pengalaman Rossi dan Mat Rempit.

“Kebiasaannya selepas perlumbaan di Sepang, Rossi akan bersiar-siar di Kuala Lumpur menikmati angin malam” Cerita Yuzi.

Kali pertama Rossi terserempak kumpulan Mat Rempit ini ketika pulang dari ibu kota. Rossi melihat sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang motosikal secara bahaya di Lebuhraya Sungai Besi.

“Gua tengok motosikal bergerak tanpa penunggang” Kata Rossi sambil berseloroh.

“Gua nampak orang tengah meniarap atas motor la, hebat dan ajaib betei la! Natang menda tu?”

Gilo molek! Ingat Superman. Gambar : onestop-motogp

Shahrol Yuzy pun membalas sambil gelak :

“Tu trend kat sini. Kami panggil dieorang tu Mat Rempit. Valentino kau boleh buat lagu tu ka? Deme tu jenis menghitung menunggu mati agar deme jumpa yang dinanti.”

Rossi pun menjawab :

“Gila kau! tak berani gua bro! Buat macam tu kat jalan raya atau litar lumba sebab benda ni bahaya dan tidak memenuhi tahap keselamatan.”

Gua naik basikal pon pakai sut. Gambar : Pinterest

Shahrol Yuzi yang bersara pada 2002 pernah menetap di Eropah selama 7 tahun menceritakan sikap penunggang di sana.

“Penunggang motosikal kat Eropah sangant berdisiplin dan bertolak ansur.

“Penunggang di sana mengunggu giliran untuk melepasi kesesakan lalu lintas, mereka tidak sesuka hati cilok sana sini atau menunggang melawan arus.”

Gambar : Visordown

Power Mat Rempit, Rossi pun kagum.

Sumber : The Sun Daily

Baca Juga

Baca Juga