Van Aanholt Menganggap Bissaka Lebih Hebat Dari Trent Alexander Arnold

Menurut Patrick Van Aanholt, beliau percaya Aaron Wan Bissaka sebenarnya pemain yang lebih hebat berbanding Trent Alexander Arnold.

Kedua-dua Wan Bissaka dan Trent Alexander Arnold merupakan pemain yang bermain diposisi back kanan.

Pasukan kebangsaan England juga mempunyai dua pilihan yang hebat diposisi itu untuk tempoh beberapa tahun ke depan lagi.

Kedua-dua pemain itu masih muda dan perjalanan karier mereka juga masih panjang. Apa yang pasti mereka berdua mempunyai kelebihan masing-masing yang luar biasa hebat.

Trent Alexander Arnold musim ini telah mencatatkan 14 assist dalam saingan premier league dan beliau sering dianggap sebagai salah seorang pemain attacking full backs terbaik dunia dalam tempoh dua musim ini.

Sementara itu, Wan Bissaka pula mempunyai kelebihan bertahan dengan baik dan kemahiran mengawal situasi satu lawan satu yang cukup mengagumkan.

Walaupon bermain diposisi yang sama, tetapi mereka berdua mempunyai tugasan yang berbeza ketika aksi dalam padang dan sering diperbandingkan antara satu sama lain.

Van Aanholt pula merupakan pemain yang pernah beraksi dengan Wan Bissaka ketika bersama pasukan Crystal Palace.

Beliau telah menilai pemain pertahanan Manchester United itu lebih hebat berbanding Trent Alexander Arnold dan beliau turut merasakan lebih sukar untuk bertemu Wan Bissaka berbanding pertahanan Liverpool itu.

“Lebih baik dari Alexander Arnold? Tanpa dakwa dakwi lagi.”

Jelas pemain Belanda itu kepada the counter Attack podcast apabila ditanya tentang Wan Bissaka.

“Mereka dua pemain yang berbeza. Dari segi bertahan Aaron sangat mengagumkan, lebih hebat dari Trent.”

“Ya, Trent beraksi dengan bakk ketika menyerang dan sepakan penjuru, dia berkaki kanan. Tetapi jika kamu bertanya kepada Zaha siapa yang mahu beliau hadapi dalam perlawanan setiap hari, Trent atau Wan Bissaka, saya yakin dia akan jawab Trent.”

“Saya mempunyai rasa hormat kepada Trent, dia telah melakukan segalanya dengan mencatatkan banyak assist dan dia seorang yang hebat. Tetapi jika bercakap tentang bertahan, cuba tanya Sterling bagaimana bagusnya Wan Bissaka.”

“Ini lah masalahnya, dan dia akan berubah. Dia merupakan salah seorang pertahanan kanan terbaik dunia, saya yakin dia boleh, dia boleh menyerang dengan baik, tetapi dia perlu mencatatkan lebih banyak assist atau gol untuk dirinya.”

“Bertahan memang penting, tetapi dalam bola sepak modern, kamu kena menyerang dan di United, dia dapat lebih banyak peluang, jadi pergi menyerang dan tunjukkan apa yang dia ada, tetapi sehingga sekarang pon dia sudah lakukan yang terbaik.”

Bayangkan ada seorang pemain yang mempunyai kelebihan hasil gabungan dari Trent dan Bissaka, handal menyerang dan hebat ketika bertahan, pastinya dia akan menjadi pertahanan kanan terbaik dunia.

Namun itu hanyalah pandangan dari Van Aanholt, tetapi Trent Alexander Arnold telah dipilih menjadi kesebelasan terbaik premier league musim ini berbanding Bissaka menurut hampir kesemua media utama dunia.

Trent juga merupakan antara pemain muda terbaik dunia pada ketika ini dan itu telah dibuktikan olehnya hasil dari apa yang telah beliau capai.

BACA:  Wan-Bissaka Mahu Tukar Kewarganegaraan Jika Terus Dipinggir Southgate