Van Dijk Dan Kevin de Bruyne Dilihat Berpesta Bersama Di Ibiza

Virgil Van Dijk dan Kevin de Bruyne sepertinya telah mengetepikan perseteruan mereka di peringkat kelab, dengan mereka dilihat sedang berpesta bersama di Ibiza.

Pemain pertahanan Liverpool, Van Dijk dan De Bruyne sememangnya terkenal dengan perseteruan dalam saingan domestik dan Eropah sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Pemain Midfield Man City itu pada musim lalu sekali lagi berjaya membantu The Citizens untuk menjulang gelaran Premier League selepas mengatasi Liverpool dengan kelebihan satu mata.

Van Dijk sementara itu berjaya membantu Liverpool memenangi gelaran FA Cup dan FA Cup pada musim lalu dengan The Reds turut berjaya layak ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League.

Kedua-dua pemain turut tersenarai dalam senarai PFA Premier League Team Of The Year selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Walaupun kedua-dua mereka terlibat dengan perseteruan yang melibatkan Man City dan Liverpool, namun ia tidak menghalang untuk mereka meluangkan masa bercuti bersama.

Kedua-dua mereka juga turut mempunyai hubungan yang baik dengan Van Dijk dan De Bruyne sememangnya bersahabat di luar padang.

Terbaru, telah tular di media sosial video rakaman yang menunjukkan Van Dijk dan De Bruyne sedang berpesta bersama di Ibiza club Ushuaia.

Kedua-dua mereka dilihat saling berpelukan dan ketawa bersama sambil menikmati suasana meriah di kelab tersebut.

Pada awal tahun ini, De Bruyne pernah menjelaskan tentang hubungan rapat antara beliau bersama Van Dijk selepas ada wartawan yang bertanya kepadanya pada ketika itu.

Beliau ditanya soalan itu selepas tular gambar beliau sedang bersembang mesra bersama Van Dijk selepas tamat perlawanan penting yang menemukan kedua-dua pasukan itu.

“Saya kenal Virgil.. saya dan Virgil selalu bertemu berdua.”

Jelas De Bruyne selepas tamat perlawanan yang dilangsungkan di Etihad itu.

“Anak kami pergi ke sekolah yang sama dan mereka juga suka main bersama, jadi kami sentiasa berbual sebagai sahabat.”

Kevin de Bruyne dan Virgil van Dijk selepas ini akan kembali ke kelab masing-masing untuk sertai aksi pra-musim bersama kelab.

Liverpool bakal bertemu Manchester United pada aksi pra musim ini di Bangkok pada 12 Julai nanti.

Manchester City sementara itu akan terbang ke Houston untuk bertemu kelab dari Amerika pada 21 Julai nanti.

Manchester City kemudiannya akan turun bertemu Liverpool dalam aksi Community Shield pada 30 Julai nanti.

Kedua-dua Liverpool dan Manchester City dijangka akan sekali lagi berseteru untuk merebut gelaran Premier League dengan kedua-dua pasukan dijangka akan terus mendominasi saingan Liga Inggeris pada musim baharu ini.

Manchester City pada musim panas ini telah berjaya melengkapkan pembelian Erling Haaland dari Manchester City.

Liverpool sementara itu turut berjaya melengkapkan pembelian Darwin Nunez dari Benfica.

Kedua-dua pemain tersebut dianggap antara pemain penyerang yang paling digeruni dalam dunia bola sepak hari ini.

Melihat Man City dan Liverpool berjaya mendapatkan kedua-dua pemain tersebut, maka ramai yang yakin bahawa Haaland dan Nunez akan berseteru dalam perebutan kasut emas dalam saingan Premier League.

Kedua-dua pasukan dilihat sudah melakukan persiapan yang sangat rapi bagi menghadapi saingan musim baharu ini.

Jelas sekali para penyokong sangat teruja mahu melihat bagaimana hasilnya persiapan rapi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan itu.

Man City dan Liverpool juga pada ketika ini masih aktif dalam pasaran pemain dengan mereka mungkin akan ada mengumumkan pembelian pemain terbaru dalam masa terdekat ini.

Sumber: SPORTbibble

BACA:  Peminat Bengang, Kevin De Bruyne Terselamat Dari Layangan Kad Merah