Van Dijk Mendedahkan Pemain Paling Digeruninya

Pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk telah mengharungi musim yang sungguh cemerlang bersama pasukan Liverpool.

Beliau menjadi nadi penting dalam membantu skuad the reds muncul pemenang liga Juara-juara serta menjadi tembok kebal untuk Liverpool dalam saingan liga perdana.

Semalam, Van Dijk telah membuat satu sesi soal jawab bersama peminat di laman Twitter miliknya.

Pelbagai jenis soalan yang dikemukakan oleh para peminat kepada beliau. Van Dijk dengan spontan telah berjaya menghibur para peminat dengan menjawab kebanyakkan soalan diberi.

Pertahanan terbaik dunia berusia 28 tahun itu telah ditanya tentang siapa pemain paling sukar yang pernah beliau hadapi.

Beliau turut ditanya tentang pasukan yang dirasakan paling sukar untuk Liverpool hadapi serta beliau ditanya tentang jaringan kegemarannya sepanjang bersama Liverpool.

Jamie Carragher turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai sesi soal jawab itu dengan bertanya soalan bukan-bukan kepada Van Dijk.

Siapa pemain paling anda geruni?

– Terdapat ramai penyerang hebat diluar sana tetapi yang paling hebat antara mereka adalah Leo Messi.

Apa perasaan anda selepas berjaya menjaringkan gol ketika debut menentang Everton?

– satu permulaan yang baik untuk kerjaya saya di Anfield dan saya berbangga dengan pencapaian itu.

Siapa lebih hebat antara kamu dengan Trent dalam mengambil sepakan percuma?

– (emoji berlagak) aduhh tolong lah.

Siapa akan menang kalau semua pasukan Liverpool dipertemukan dalam perlawanan Royal Rumble?

– The Boss, Jurgen Klopp.

Mudah saja jawapan yang diberikan Van Dijk. Mana mungkin diorang nak lawan boss.

Dari semua pemain pertahanan yang pernah bersama kamu, siapa paling kamu suka?

– Joe Gomez.

Van Dijk dengan yakin menjawab Gomez dan ianya terbukti kerana gandingan antara Van Dijk dan Gomes sememangnya menjadi antara yang terbaik di dunia kini.

Jika bukan pertahanan, posisi mana anda akan main?

– No 10 [emoji ketawa].

Van Dijk sebenarnya mempunyai kemampuan menjaringkan gol yang hebat juga. Dengan kemahiran bola matinya tidak mustahil beliau mampu bermain di role no 10.

Apa pencapaian terbaik sepanjang karier kamu?

– Banyak jika hendak disenaraikan. Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak, bermain untuk pasukan kebangsaan Belanda semua itu pencapaian terbaik.

– dan sudah pasti kejayaan di Madrid adalah antara yang terbaik sepanjang karier saya.

Pemain paling sukar untuk anda kawal?

– Sergio Aguero.

Van Dijk akui bahawa Aguero antara pemain paling licik untuk beliau kawal ketika aksi atas padang.

Kalau berlumba 100 meter antara kamu, Robbo, Gomez dan Trent siapa menang?

– Antara saya atau Gomez

Antara empat pemain pertahanan Liverpool, Van Dijk yakin beliau dan Gomez adalah pemain yang lebih laju berbanding Trent dan Robbo.

Pemain terbaik yang beraksi bersama di Celtic?

– Saya sangat sayang kerjaya di Celtic dan saya beraksi bersama ramai pemain bintang disana. Tetapi pemain paling istimewa buat saya adalah Stefan Johansen.

Apa perasaan menjadi pertahanan pertama memenangi pemain terbaik tahunan UEFA?

– Satu detik paling membanggakan dalam kerjaya saya dan ia sesuatu hal yang tidak akan pernah saya lupakan selamanya.

Apa perasaan kamu bila terdengar lagu tema UCL?

– Istimewa dan membuat semua bulu saya berdiri.

Van Dijk akui beliau sangat teruja apabila mendengar lagu tema liga Juara-juara.

Jaringan paling digemari sepanjang bersama Liverpool?

– Mungkin jaringan saya ketika bertemu Manchester United.

Liverpool dan Manchester United adalah seteru utama sejak zaman berzaman. Sudah tentu berjaya menjaringkan gol bertemu pasukan seteru menjadi moment terindah untuk seseorang pemain.

Jamie Carragher turut bertanya sesuatu kepada Van Dijk dan jawapan dari Van Dijk sangat mengecewakan beliau.

Van Dijk mengakhiri sesi soal jawab bersama peminatnya dengan meninggalkan pesanan supaya semua orang duduk dirumah untuk memutuskan rangkaian virus Covid-19.

BACA:  Redknapp: Van Dijk Bakal Bawa Liverpool Ke Tahap Lebih Tinggi