Van Dijk Perincikan Cara Sekat Haaland Yang Jadi Mimpi Ngeri Pertahanan

van dijk haaland

Pemain pertahanan terhebat dunia beberapa musim lalu dan kini semakin menghampiri kepada prestasi Harry Maguire, Virgil Van Dijk telah memperincikan cara untuk menyekat Erling Braut Haaland.

Liverpool yang tidak konsisten sejak awal musim ini akan bertemu saingan terkuat mereka Manchester City yang garang dalam perlawanan Premier League.

Kemenangan besar 7-1 ke atas Rangers di Champions League menjadi tonik serta pemangkin terbaik untuk Liverpool bagi menjadi satu titik perubahan.

Setakat ini Haaland telah menjaringkan 20 gol dalam 13 perlawanan termasuk Perisai Komuniti untuk Manchester City di mana 15 gol dalam 9 perlawanan liga dan 5 gol dalam 3 perlawanan Champions League.

Satu rekod yang sangat gila sebenarnya lantaran Haaland beraksi di liga paling kompetitif di muka bumi dan kejohanan Eropah yang teragung dalam dunia bola sepak peringkat kelab.

Virgil Van Dijk tanpa berselindung lagi telah melabel Erling Haaland sebagai mimpi ngeri buat mana-mana pemain pertahanan tidak terkecuali dirinya.

“Sudah tentu ia tidak mudah – dia dalam kondisi terbaik menyala-nyala, anda tidak boleh berkata apa-apa lagi.” kata bek tengah Liverpool itu kepada TV2 di Norway.

“Saya masih ingat selepas Perisai Komuniti di mana ramai orang telah menolaknya, saya masih ingat saya berkata, ‘dengar, lelaki ini (Haaland) akan menyebabkan banyak pemain pertahanan mengalami mimpi buruk’.”

“Dia telah membuktikannya, dia telah menunjukkan tahap yang konsisten dan jelas sekali dalam pasukan seperti City di mana peluang akan sentiasa datang.”

Virgil van Dijk kemudian telah memperincikan cara bagi menghentikan pemain kebangsaan Norway itu dari terus bermaharajalela di tambah pula bermain bersama City yang sudah sedia maklum menakutkan.

“Kami perlu cuba untuk menghentikan bola yang menghampirinya, bertahan di peringkat tertinggi, dan berada pada tahap terbaik kami, dan itulah yang kami perlu sentiasa lakukan ketika menentang City dan itu tidak akan berbeza pada hari Ahad.”

“Ia adalah sesuatu yang kami sepatutnya nantikan, pastinya bukan saya yang menentangnya, tetapi kita semua lawan mereka semua.”

“Dunia luar yang mencipta pertempuran, satu lawan satu dan semua perkara ini. Kami mahu menghalang mereka menjaringkan gol, tanpa mengira siapa yang berada di atas padang. Tetapi kami tahu dia agak bagus.”

Ketika ini selain Erling Haaland yang menjadi sumber jaringan Manchester City harus diingat juga kepada Kevin De Bryune yang merupakan punca kepada sumber jaringan itu.

Jack Grealish, Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan juga tidak boleh dipandang mudah kerana juga berada di prestasi terbaik selain mampu menggerakkan pasukan mereka juga boleh menjaringkang gol.

Sebelum ini Jaap Stam juga telah mendedahkan cara untuk menghentikan Haaland dan memberi tip ini kepada Manchester United namun Setan Merah selamat di belasah 6-3.

Rekod Jaringan Haaland

Secara totalnya Haaland telah beraksi 86 perlawanan bersama Borussia Dortmund dan telah menjaringkan 86 gol. Rekod jaringan Haaland Bersama Borussia Dortmund:

2019/20 – 16 gol, 18 perlawanan
2020/21 – 41 gol, 41 perlawanan
2021/22 – 29 gol, 30 perlawanan

Secara totalnya Haaland telah beraksi 27 perlawanan bersama RB Salzburg dan telah menjaringkan 29 gol. Rekod jaringan Haaland Bersama RB Salzburg:

2018/19 – 1 gol, 5 perlawanan
2019/20 – 28 gol, 22 perlawanan

Secara totalnya Haaland telah beraksi 50 perlawanan bersama Molde dan telah menjaringkan 20 gol. Rekod jaringan Haaland Bersama Molde:

2017 – 16 gol, 30 perlawanan
2018 – 4 gol, 20 perlawanan

Haaland telah memulakan kariernya profesionalnya bersama pasukan senior Bryne yang pada awal bermain di bahagian sayap namun telah ditukarkan sebagai pemain.

Bersama Bryne pada 2016, Haaland hanya sempat membuat 16 penampilan tanpa sebarang gol namun telah berjaya menambat hati Ole Gunnar Solskjaer yang ketika itu merupakan pengurus Molde.

Bersama pasukan Norway pula, Haaland telah melakukan 23 penampilan dengan 21 gol dijaringkan, rentak jaringan masih lagi padu walaupun Norway bukanlah pasukan yang kuat di Eropah.

2019 – 0 gol, 2 perlawanan
2020 – 6 gol, 5 perlawanan
2021 – 6 gol, 8 perlawanan
2022 – 9 gol, 8 perlawanan

Secara keseluruhannya bersama kelab dan negara Haaland telah beraksi sebanyak 218 perlawanan dan telah menjaringkan 176 gol sejak tahun 2016.

Manchester City – 13 gol, 20 perlawanan
Borussia Dortmund – 89 gol, 86 perlawanan
RB Salzburg – 27 gol, 29 perlawanan
Molde – 50 gol, 20 perlawanan
Bryne – 16 gol, 0 perlawanan
Norway – 23 gol, 21 perlawanan

BACA:  Van Dijk Anggap Liverpool Memang Layak Kalah