Van Dijk: Ramos Bukan Pemain Pertahanan Terbaik Dunia

Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk meneruskan perang dingin Dejan Lovren dengan Sergio Ramos apabila menamakan Raphael Varane sebagai pemain pertahanan terbaik dunia.

Van Dijk juga memberitahu walaupun Ramos adalah pemain yang bagus dan memenangi pelbagai trofi sepanjang kariernya, kapten Real Madrid itu tidak memenuhi kriteria untuk menjadi idola Van Dijk.

Van Dijk Menyertai FC Groningen dari Willem II pada 2010. Membuat 62 penampilan bersama Groningen sebelum menyertai Celtic pada 2013. Virgil Van Dijk mempunyai kualiti yang hebat tetapi apa yang mengejutkan pemain ini hanya mampu menarik minat Celtic berbanding pasukan gergasi lain.

Pemain ini bersinar di Celtic sebelum berpindah ke Southampton.

Van Dijk anggap Ramos bukan pemain pertahanan terbaik dunia

Beberapa hari lalu sebelum perlawanan UEFA Nations League di antara Sepanyol dan Croatia, Lovren mendakwa Ramos dipandang tinggi kerana beliau memiliki rakan sepasukan yang hebat.

Croatia menang perlawanan tersebut tetapi Lovren masih tetap berbulu dengan Ramos. Menerusi video ‘Live’ Instagram, Lovren berbangga kerana dapat menyiku Ramos dalam satu insiden perebutan bola di udara.

“Aku rasa puas dapat siku Ramos.”

“Ha ha 3-2 ! Apa lagi ko nak sembang kawan. Mereka [pemain Sepanyol] hanya sekumpulan pemain yang ‘pussies’.”

Ramos disiku Lovren

“Hanya satu negara yang berhak menang [sambil menunjukkan jari ke arah bendera Croatia]. Sekarang kami perlu menewaskan England dan keluar dari kumpulan ni like a boss !”

Itulah kenyataan yang keluar dari seorang pemain yang menggelarkan dirinya pemain pertahanan terbaik dunia walaupun belum pernah memenangi Liga Juara-Juara Eropah atau Liga Perdana Inggeris sepanjang kariernya.

Lovren tidak keseorangan dalam menyerang Ramos kerana rakan sepasukannya di Liverpool, Virgil van Dijk juga percaya Ramos bukanlah pemain pertahanan terbaik di dunia ketika ini. Sebaliknya, partner Ramos di Real Madrid, Raphael Varane menjadi pemain kegemaran Van Dijk.

Varane adalah idola Van Dijk, bukan Ramos

“Ramos adalah pemain yang hebat dan saya hormat dengan pencapaiannya selama ini. Tetapi Ramos bukanlah pemain terbaik. Beliau bukan jenis pemain pertahanan yang saya gemari.”

“Rakan sepasukan Ramos, Raphael Varane adalah pemain kegemaran saya. Beliau merupakan pemain pertahanan yang cemerlang dan juga telah memenangi banyak trofi.”

Raphael Xavier Varane(Sebutan Perancis: ​[ʁafaɛl vaʁan]) lahir pada 25 April 1993 yang merupakan pemain pertahanan tengah bagi kelab Real Madrid dan kini merupakan benteng penting Perancis di Piala Dunia Russia.

Mula bermain bola sepak diperingkat remaja bersama Hellemmes pada tahun 2000 kemudian pada usia 9 tahun Varane terus mengasah dan mengembangkan bakatnya di akademi Lens selama 8 tahun dari tahun 2002 hingga 2010.

Pada usia 18 tahun Varane telah memulakan karier profesionalnya apabila bermain untuk pasukan senior Lens dan hanya sempat beraksi semusim sahaja tetapi sudah membuat 23 penampilan dan menjaringkan dua gol.

Pergaduhan Lovren dan Ramos sebenarnya bermula dengan insiden Ramos menjatuhkan Mohamed Salah dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lepas. Ramos bertindak ‘menggusti’ Salah sehingga menyebabkan ayam tambatan Liverpool itu mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa keluar pada separuh masa pertama.

Van Dijk percaya Real Madrid mengambil kesempatan atas ketiadaan Salah dengan melakukan serangan ke arah bahagian padang yang dijaga oleh pemain muda, Trent Alexander-Arnold. Beliau juga percaya keputusan perlawanan mungkin berbeza sekiranya Salah berada di atas padang sepanjang perlawanan.

“Saya tidak tahu sama ada Ramos sengaja melakukannya atau tidak tetapi mentaliti pasukan menjadi lain selepas Salah diusung keluar.”

“Secara tiba-tiba, Marcelo, Benzema dan Ronaldo berada di kawasan Trent dan membiarkan bahagian kanan padang. Ketika Salah berada di atas padang, mereka tidak berani berbuat demikian.”

“Keputusan perlawanan mungkin berbeza sekiranya Salah masih ada di atas padang.”

“Kadang-kala saya berfikir mengenai perlawanan itu tetapi saya berharap kami akan mampu melangkah ke final sekali lagi dan kali ini sebagai pemenang.”

BACA:  Old Trafford Tak Sesuai, Legenda Anfield Gesa Liverpool Segera Pikat Southgate