Van Dijk Seperti Bermimpi Selepas Menjaringkan Gol Dalam Debut Bersama Liverpool

Pemain terbaru Liverpool, Virgil van Dijk jelas teruja dengan jaringan kemenangannya dalam debut bersama Liverpool apabila membantu pasukannya mencatatkan kemenangan ke atas Everton 2-1 dalam pusingan ke-3 Piala FA yang berlangsung semalam di Anfield.

Van Dijk merupakan pembelian terbaru Liverpool dari Southampton. Beliau adalah pemain pertahanan termahal dunia ketika ini dengan nilai perpindahan berjumlah £75 juta.

Van Dijk teruja dengan gol dalam debutnya bersama Liverpool

Pemain antarabangsa Belanda ini berjaya menanduk masuk gol kemenangan Liverpool pada minit k-84 perlawanan, untuk menghantar The Reds ke pusingan seterusnya.

Sebelum itu, van Dijk turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi tandukannya singgah tepat ke dakapan penjaga gol Everton, Jordan Pickford. Van Dijk akhirnya berjaya menutup mulut mereka yang mengkritik tanda harganya apabila beliau menghadiahkan gol kemenangan buat Liverpool disaat perlawanan dilihat bakal berakhir dengan seri.

Aku pemain pertahanan termahal dunia !

Sebelum itu, James Milner meletakkan Liverpool dihadapan melalui sepakan penalti apabila Adam Lallana didakwa dijatuhkan oleh Mason Holgate dalam kotak penalti.

Everton mula menggandakan asakan pada babak kedua dan akhirnya mereka berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Gylfi Sigurdsson pada minit ke-67. Kegembiraan penyokong Everton tidak kekal lama apabila van Dijk berjaya menanduk masuk gol melalui sepakan penjuru untuk membawa Liverpool ke pusingan seterusnya.

Van Dijk ketika ditemuramah BBC Sport selepas tamat perlawanan berkata impiannya adalah untuk bermain di Anfield dan untuk menjaringkan gol dalam perlawanan pertama beliau membuatkan kenangan ini menjadi lebih manis.

“Malam yang cukup gemilang. Pengalaman beraksi di Anfield adalah sangat menakjubkan dan kamu berhak menang perlawanan tersebut. Gol ini sangat istimewa buat saya dan keluarga.”

“Peluang untuk bermain di Anfield adalah impian setiap pemain. Dan apa yang membuatkan perlawanan ini lebih istimewa adalah saya dapat menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool.”

BACA:  Siapa Michael Edwards? Mengapa Liverpool Takut Kehilangan Beliau?