Van Dijk Teruja Tunggu Musim Hadapan – “Liverpool Tetap Power Tanpa Champions League”

Virgil van Dijk tetap yakin Liverpool kegagalan layak ke Champion League akan menjejaskan proses merekrut pemain baharu oleh kelab itu untuk musim hadapan.

Malah pemain pertahanan terbaik dunia itu berasa teruja dengan kemampuan pasukan itu menghadapi saingan musim hadapan berdasarkan perancangan rapi yang telah diatur untuk pra musim.

“Jika saya seorang pemain yang sedang meningkat naik dan berpeluang menyertai Liverpool, saya akan meniadi amat, amat berminat,” kata Van Dijk.

“Saya tidak berfikir [gagal layak ke Champions League] ia akan mengubah banyak perkara. Jika ada pemain yang begitu mahu beraksi di Champions League, itu mereka punya pasal.

“Pra musim akan menjadi sangat penting kepada kami. Semua orang tahu kelab ini sebenarnya sedang dalam proses transisi musim ini.

“Berdasarkan perkhabaran yang saya dengar, ia adalah pra musim yang berintensiti tinggi dengan banyak kerja fizikal dan taktikal.

“Itu adalah perkara yang sangat mengujakan. Saya berharap akan ada pemain baharu didatangkan dan kemudian kami akan bersedia apabila musim bermula.”

Ia adalah perlawanan yang penuh emosi di Anfield pada hujung minggu lalu apabila Roberto Firmino, James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain mengucapkan selamat tinggal kepada bekas juara dunia itu.

Van Dijk bagaimanapun menafikan emosi itu menjejaskan rentak kemenangan pasukan itu yang dihentikan Aston Villa selepas rentetan kemenangan sebelum ini.

“Bukan sahaja Bobby, saya akan merindui mereka semua,” akui pemain pertahanan dari Belanda itu,

“Mereka telah melaksanakan tugas mereka dan sangat berjaya melalui sumbangan dengan cara mereka tersendiri. Bikan sahaja Bobby.

“Bobby adalah antara pemain penting kerana jaringan dan assist yang dihasilkannya bersama Sadio Mane dan Mohammed Salah.

“Namun perkara lain yang dihasilkan tiga pemain lain tidak patut disembunyikan dan kerana itulah mereka juga amat dihormati oleh pemain lain dan penyokong Liverpool.

“Saya tidak berfikir emosi ketika hari perlawanan memainkan peranan. Tidak bagi saya. Ia cuma satu perlawanan yang mengecewakan.

“Amat jelas peluang mara ke pertandingan Champions League musim hadapan semakin samar. Villa adalah sebuah pasukan yang mantap terutama sejak ketibaan Unai Emery. Kami dah tahu dari awal ia akan menjadi perlawanan yang sukar.

BACA:  "Dianggap Menganjing Klopp"- Ejen Salah Dihentam Kerana Cubaan Mengeruhkan Keadaan